ARAB Saudi hari ini telang mengumumkan larangan kemasukan pelawat dari 20 buah negara buat sementara waktu sebagai cara untuk menghalang peningkatan jangkitan pandemik Covid-19.

Memetik laporan Saudi Press Agency, penggantungan itu yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri negara tersebut akan berkuat kuasa pada esok (Rabu) bermula jam 9 malam waktu tempatan.

Senarai 20 negara yang dilarang ke Arab Saudi adalah seperti berikut:

  • Argentina
  • Mesir
  • Emiriah Arab Bersatu (UAE
  • Jerman
  • Amerika Syarikat (AS),
  • Argentina
  • Pakistan
  • Brazil
  • Portugal
  • Turki
  • Afrika Selatan
  • Switzerland
  • Prancis
  • Lubnan
  • Turki
  • India
  • Jepun
  • Indonesia
  • Britain
  • Ireland

Bagaimanapun, menurut AFP, warga Arab Saudi termasuk diplomat dan kakitangan kesihatan dari negara-negara tersebut dibenarkan memasuki negara beraja itu tetapi perlu mengikut langkah-langkah pencegahan pandemik Covid-19 yang ketat.

Menghalusi senarai yang dikeluarkan, negara jiran kita, Indonesia adalah salah sebuah negara yang tergolong dalam senarai negara yang dilarang untuk berkunjung ke Arab Saudi.

Indonesia tergolong senarai 20 negara dilarang Arab Saudi, ibadah umrah terpaksa ditangguhkan lagi

Berita itu secara tidak langsung memberi gambaran bahawa ibadah umrah bagi tahun ini terpaksa ditundakan sekali lagi buat penduduk yang beragama Islam di negara tersebut.

Berita itu pastinya satu perkara yang menyedihkan buat mereka namun, usaha yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi itu perlu diterima oleh semua pihak.

Tujuan mereka hanya satu, langkah itu dibuuat untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19 supaya ia tidak makin menular.

Iklan

Pengumuman larangan itu dibuat selepas Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq al-Rabiah memberi amaran pada Ahad lalu bahawa satu sekatan perjalanan baharu mungkin dilaksanakan jika rakyat negara tersebut dan penduduk tidak mematuhi sekatan kesihatan bagi mencegah Covid-19.

Indonesia tergolong senarai 20 negara dilarang Arab Saudi, ibadah umrah terpaksa ditangguhkan lagi

Iklan

Arab Saudi melaporkan lebih 368,000 kes pandemik itu dan hampir 6,400 kematian iaitu antara yang tertinggi di negara-negara Arab.

Pada awal Januari lalu, jangkitan harian Covid-19 berada di bawah 100 kes berbanding 5,000 kes jangkitan pada Jun tahun lalu.

Namun, jangkitan harian selepas Januari tahun ini meningkat tiga kali ganda apabila pada Selasa lalu, ia mencatatkan 310 kes seperti dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan.