HUBUNGAN antara suami isteri sememangnya perlukan banyak usaha untuk kekal bahagia.

Selain bertolak ansur dan saling memahami, pasangan juga perlu mengamalkan tiada rahsia antara suami isteri. Ia rencah utama kebahagiaan dalam perkahwinan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun, pada zaman serba canggih ini, ‘curang’ boleh berlaku di mana-mana walaupun hanya dalam telefon bimbit.

Maka tak hairanlah jika isteri bertindak memeriksa telefon si suami.

Seperti juga dengan pasangan warga emas yang menarik perhatian warga maya apabila dilihat masih bersikap ‘queen control’ walaupun sudah berusia.

Menerusi video yang dimuat naik Annisa Tarigan di TikTok, seorang wanita warga emas kelihatan sedang memeriksa telefon suaminya di ruang tamu.

Namun apa yang menghiburkan, apabila sang suami yang sedang berdiri di sebelah kelihatan berdebar memerhatikan telefon bimbitnya diperiksa.

Dunia seorang isteri ialah suami, dunia suami telefon!

Mereka dilihat berbual ketika kejadian, namun tidak didengari sebelum isterinya cuba mengalihkan skrin telefon tersebut.

Iklan

Bertuahnya suami kan! Walaupun dah berusia 90 tahun, telefon bimbitnya masih dipantau oleh isteri.

Video berdurasi 28 saat itu kini meraih lebih 400 ribu tontonan dan mendapat hampir 50,000 tanda suka.

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat situasi tersebut. Ujar mereka;

“Umur 90 tahun pun masih kena beri isteri check ya!”

“The real true love, pasangan romantik sungguh.”

“Pandai unty check telefon biasa orang-orang tua tak pandai nak check handphone ni.”

Baca juga Magawa berjaya kesan lebih 100 periuk api dan diberi penghargaan pingat emas, ini kisah tikus pengesan bom popular di Kemboja

“Which shows even after years of marriage life, there is no trust.”

“Comel tengok atuk tuh berdiri begitu hahahah. Suami jangan macam-macam!”

@annisatrgn269 #fypシ #fypdongggggggg ♬ original sound – Annisa Tarigan