MENGIDAM adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita mengandung.

Sudah pasti, tempoh berbadan dua bukanlah proses yang mudah.

Bahkan, sepanjang tempoh sembilan bulan itu, para suami juga tidak terkecuali merasa ‘penatnya’ kerana mereka juga perlu memahami dan melayan karenah si isteri.

Seperti seorang wanita yang sedang sarat hamil anak kedua di Indonesia mengidam untuk bersanding sekali lagi sambil diarak mengelilingi kampung.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Video aksi pasangan pengantin itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @singamanja_slebeww dan menjadi tular di media sosial.

Berdasarkan video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri itu persis pengantin baru. Mereka lengkap memakai busana pengantin sambil diarak penduduk kampung.

Minyak zaitun terbaik! Ini makanan tambahan sihat ibu hamil

Iklan

Malah menerusi klip video itu juga, pasangan pengantin itu turut dilihat membawa bersama seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak sulung mereka.

Video yang dikongsikan itu menjadi perhatian ramai apabila telah ditonton hampir 2.5 juta kali selain mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya memuji si suami yang dilihat penyabar dan sporting sanggup melayan kehendak si isteri.

Iklan

Ujar mereka;

“Ya ALLAh berilah aku peluang untuk hamil juga boleh merasai mengidam.”

“Asalkan jangan mengidam untuk ganti suami ya puan.”

Baca juga Alang-alang kaya, usahawan tempah pelitup muka emas 108 gram berharga RM236,000

“Ini real anak pertama dapat melihat pernikahan kedua orang tuanya.”

“Kita berhak bahagia dengan cara kita.”

“Ini buktinya keluarga dan jiran mereka sangat memahami. Kalau kampung saya jadi topik utama ni.”

Sumber: TikTok, Suara.com

@singamanja_slebeww♬ original sound – nojamct – 𝕟𝕠𝕛𝕒𝕖𝕞𝕔𝕥🌙