Wanita di China tergamak racuni rakan sekerja hamil gara-gara tidak sanggup tanggung bebanan kerja

Copy of Copy of gambar portal_20240405_070209_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240405_070209_0000
A
A
A

BAGI mengelakkan bebanan kerja tambahan, seorang wanita di China ditahan selepas dipercayai meracuni rakan sekerja yang hamil untuk menghalangnya daripada mengambil cuti bersalin.

Perkara itu terbongkar apabila wanita tersebut dapat merakam rakan sekerjanya cuba menambah sesuatu dalam minuman dia.

Wanita hamil itu dan rakan sekerjanya bekerja untuk sebuah institusi gabungan kerajaan iaitu Biro Penyiasatan Hidrologi dan Sumber Air di wilayah autonomi Enshi Tujia dan Miao di wilayah Hubei.

Institusi berkenaan terkenal dengan proses pengambilan sangat selektif yang memerlukan peperiksaan dan temu duga ketat selain sering dirujuk sebagai 'mangkuk nasi besi' untuk keselamatan dan kestabilan pekerjaan mereka.

Wanita itu merakam video selepas mengesyaki air yang diminum itu rasa sedikit pelik.

Mangsa kemudiannya memutuskan untuk meletakkan iPadnya berhampiran mejanya di pejabat selepas teringat gurauan rakannya berhubung minumannya yang mungkin 'diusik'.

Malangnya, dalam video itu, membuktikan tertuduh yang memakai jaket hitam dilihat menghampiri mejanya sebelum membuka botol kecil dan menuang bahan seperti serbuk ke dalam minuman di atas meja sebelum beredar dengan cepat.

Alasan rakan sekerja itu adalah kerana dia tidak dapat mengurus bebanan kerja yang banyak seorang diri sebaik sahaja wanita hamil itu mengambil cuti bersalin justeru mengambil langkah drastik berkenaan.

Kerana ketakutan, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan kes tersebut masih dalam siasatan.

Majikan wanita hamil itu akan mengambil tindakan selepas polis selesai menjalankan siasatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang