Wanita terpaksa dibedah gara-gara batang calitan swab tersekat pada tekak

A
A
A

MELAKUKAN ujian kendiri Covid-19 di rumah sudah menjadi perkara biasa sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Apabila kita mula rasa sakit tekak, selesema termasuk demam, memang calitan akan dilakukan untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat, berbanding dengan ujian air liur.

Namun, kejadian yang dilaporkan Metro UK memang sesuatu di luar dugaan apabila seorang wanita, Bobby Lee, 31, terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas tertelan batang ujian calitan swab di rumahnya.

Berdasarkan cerita, Lee pada awalnya berasa tidak sihat ketika bekerja (syif malam) pada 20 April lalu.

Dipendekkan cerita, beliau lantas melakukan swab. Tanpa disangka, batang calitan itu tersekat di dalam mulutnya.

Disebabkan panik, beliau tanpa sengaja, tertelan batang alatan swab berkenaan sebelum tersumbat pada belakang tekaknya dan terus tersangkut.

“Saya cuba untuk mengeluarkannya, tetapi gagal dan itu yang menyebabkan saya cuba menelannya.

“Tindakan berkenaan menyebabkan batang calitan itu turun sedikit sahaja dan hanya separuh yang masuk ke tekak saya. Saya sendiri terkejut kerana tidak tahu apa yang akan berlaku jika berhenti bernafas,” katanya.

Susulan itu, wanita berkenaan terus bergegas ke Unit Kemalangan dan Kecemasan dengan anak bongsunya sebelum dipindahkan ke hospital berdekatan untuk pembedahan kecemasan.

“Saya tidak menelefon talian kecemasan 111 kerana anak kecil bersama dengan saya. Saya terus memandu untuk mendapatkan bantuan," kata beliau yang sudah pulih daripada kecederaan.

Baca juga Jangan beli! 2 jenama kit ujian kendiri Covid-19 ini dibatal kelulusan

Dalam pada itu, kongsinya, pihak hospital sebelum ini tidak pernah berdepan dengan kes sama sepertinya.

Disebabkan itu, apa yang dilakukan doktor adalah melakukan pembedahan endoskopi.

"Saya menjalani pembedahan kecil dengan kamera dimasukkan ke dalam kerongkong dan batang calitan itu berjaya dikeluarkan.

"Saya difahamkan, batang calitan itu telah masuk ke dalam perut saya dan kamera menunjukkan ia berhampiran dengan usus. Ia (batang) perlu dikeluarkan dari mulut kerana jika tak, boleh menyebabkannya usus saya tercedera," ujarnya.

Apabila membaca kisah Lee, barangkali ramai yang tepuk dahi. Pun demikian, benda nak jadi, kita tak boleh nak kata apa.

Nasihat SinarPlus, setiap apa yang kita lakukan, berhati-hatilah.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang