WANITA melalui detik trauma dalam hidup apabila kepala bayi dalam kandungan dipenggal dan ditinggalkan dalam rahimnya.

Begitulah situasi dilalui seorang ibu yang terpaksa menanggung detik ngeri dalam hidup dek kecuaian seorang kaki tangan perubatan dalam melakukan kerjanya dan menyebabkan kepala bayinya terpenggal sebelum ditinggalkan di dalam rahimnya.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh, Pakistan.

Wanita berusia 32 tahun itu pada mulanya pergi ke sebuah perubatan di kawasan tempat tinggalnya.

Memetik laporan NDTV, menurut ketua unit ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander, kecuaian itu disebabkan tiada doktor sakit puan, kaki tangan tidak berpengalaman itu telah menyebabkan dia berdepan dengan trauma.

Jelas Raheel, kaki tangan tersebut terpenggal kepala bayi berkenaan di dalam rahim wanita itu dan tidak mengeluarkannya.

Ketika pesakit tersebut berdepan dengan situasi kritikal, dia dikejarkan ke sebuah hospital terdekat di bandar Mithi, di mana tiada kemudahan untuk merawatnya.

Mereka kemudian bergegas ke LUMHS, di situ, keseluruhan mayat bayi berkenaan dibawa keluar dari rahim wanita itu.

Agak bernasib baik, tindakan pantas tersebut dapat menyelamatkan pesakit itu.

Susulan insiden itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr Juman Bahoto telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi kes tersebut.

Jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti kejadian sebenar terutamanya situasi ketiadaan pakar ginekologi dan kaki tangan wanita di RHC tersebut.

Baca juga Bayi sebulan dirampas monyet liar ketika menyusu, maut di hadapan ibu

Sementara itu, ini tip bagi menghilangkan trauma;

1. Bersikap terbuka

Cara mengatasi trauma iaitu berusaha untuk selalu bersikap terbuka. Semakin menghindari masalah dan mencuba menutupi peristiwa, dapat membuat keadaan kian buruk.

Oleh itu, cuba untuk memaafkan diri sendiri dan tanamkan kepercayaan diri.

2. Meditasi

Salah satu cara paling mudah untuk menangani trauma adalah dengan kerap bermeditasi. Aktiviti santai ini dapat memupuk pemikiran yang positif dan meningkatkan semangat untuk menjalankan aktiviti harian.

Sebabnya, fikiran negatif yang sering timbul boleh menyebabkan seseorang itu menjadi cemas, tertekan, malah mengalami kemurungan obsesif.

Oleh itu, pemikiran yang positif diperlukan untuk mengelakkan gangguan mental yang boleh berlaku.

Pemikiran positif boleh memberi pengaruh yang baik kepada keadaan psikologi.

3. Selalu bersyukur

Kita semua tahu bahawa manusia di dunia tidak akan pernah terlepas daripada masalah kehidupan.

Iklan

Hampir pasti setiap orang mempunyai masalah mereka sendiri.

Inilah yang perlu disedari bahawa kita tidak hidup bersendirian dan masih ramai orang di luar sana yang menghadapi masalah yang lebih besar.

Salah satu puncak kebahagiaan ialah ketika seseorang mampu bersyukur dengan apa yang dimiliki.

4. Selalu mengingati perkara baik

Setiap orang boleh yakin semasa hidupnya telah melakukan perkara yang baik.

Mengimbau kembali peristiwa atau perkara baik yang telah kita lakukan dapat menjadikan kita lebih bersyukur.

Kajian menunjukkan bahawa perubahan kecil dalam pemikiran boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk mengawal perasaan dan tingkah laku apabila berada dalam tekanan.

Iklan

Selain itu, mengelak daripada sentiasa menyalahkan diri sendiri juga boleh membantu memperbaiki cara kita memandang sesuatu. Dengan begitu, fikiran dan hati kita akan lebih tenang apabila menghadapi pelbagai masalah yang kita hadapi.

5. Berusaha menghadapi rasa takut

Sentiasa cuba menghadapi ketakutan. Seseorang yang mempunyai ketakutan yang berlebihan boleh mengurangkan produktiviti semasa menjalani kehidupan seharian. Dengan menguatkan hati dan sentiasa cuba berfikiran positif.

Selain itu, apabila kita berhadapan dengan pelbagai masalah, apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa mengambil atau melihat sisi baiknya.

Cuba untuk sentiasa mengelak daripada mencari kesalahan orang lain, itu akan melatih minda kita menjadi lebih positif.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.