SIKAP pemurah seseorang kadangkala disalah anggap oleh mereka yang terdesak dan memerlukan wang.

Bayangkan rumah anda dikunjungi orang yang tidak dikenali silih berganti dan masing-masing mengadu masalah dengan harapan dapat meminta wang untuk melangsaikan hutang atau membeli barangan keperluan.

Bukan apa, sikap suka meminta-minta berkenaan adakalanya menimbulkan rasa kurang senang kepada tuan rumah dan jiran sekeliling.

Malah perbuatan tersebut sebenarnya tidak sihat kerana menjadi ikutan orang lain.

Baim Wong pemurah

Hal itu terjadi kepada Youtuber dan pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong apabila berdepan dengan seorang wanita yang datang bersama anak kecilnya di hadapan rumahnya.

Perkongsian yang dipetik melalui channel Youtube Baim Paula itu mendedahkan, kehadiram wanita tidak dikenali itu memohon bantuan wang berjumlah 1.5 juta rupiah (RM441.58).

Wang tersebut katanya diperlukan untuk membayar tunggakan sewa selama tiga bulan.

Baim Wong pemurah

Apa yang membuatkan Baim serba salah adalah wanita itu enggan berganjak dari halaman rumahnya selagi beliau tidak membantunya.

Meskipun sudah dipujuk supaya mengadu kepada ketua kampung atau pihak polis, wanita yang bertudung berwarna coklat itu memberitahu tiada siapa mahu membantunya.

Baca juga Sayu hati anak yang dikendong meninggal dunia ketika mengemis

Memetik kata-katanya, dia dan anaknya terpaksa tidur di jalanan sejak semalam kerana dihalau daripada rumah sewa dan sudah cuba untuk meminjam dengan orang, namun gagal.

Baim Wong pemurah

“Saya mualaf datang dari Manado (Sulawesi, Indonesia) dan sudah tidak tahu cara lain lagi sebab tiada saudara mara di sini.

“Semua tak mahu upah saya jadi pembantu rumah kerana ada anak. Saya rasa lebih baik mati saja bila terdesak begini,” katanya merintih sambil menangis.

Baca juga Terpaksa jual anak demi survival hidup, kisah keluarga ini membuatkan ramai tergamam

Kata-kata tersebut mengejutkan Baim dan isterinya. Mereka berusaha untuk memujuk wanita tersebut untuk meminta pertolongan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Baim Wong pemurah

Kata selebriti terkenal Indonesia itu, bukan dirinya enggan membantu mereka yang memerlukan, namun bukan itu caranya.

“Kalau saya beri kepadanya, pasti ramai yang datang lagi meminta-minta wang depan rumah,” katanya bertegas.

Baim Wong pemurah

Pun begitu, kasihan melihat anak kecil yang datang bersama wanita itu mengadu lapar, isteri Baim memberikan beberapa bungkusan makanan sebagai alas perut.

Beberapa wang 50,000 rupiah diberikan sebagai tambang untuk pulang.

Baca juga Dari loser menjadi influencer… Siapa sangka coach sado ini pernah lalui detik hitam masa kecil

Tidak berputus asa, wanita itu meminta isteri Youtuber berkenaan memberinya wang untuk 500,000 Rupiah untuk membayar sewa sebulan.

Baim Wong pemurah

Iklan

“Maaf ya kak, ini saja yang boleh saya bantu buat bayar tambang balik ya,” katanya.

Rata-rata orang yang lalu lalang melihat drama air mata tersebut memuji tindakan Baim yang bertegas untuk tidak memberi wang kepada mereka.

Jika diberi, pasti mereka datang lagi.

Baim Wong pemurah

Dari cara menerima mencerminkan orang yang kurang bersyukur.

Baim Wong pemurah

Jangan lupa untuk selalu bersyukur.

Baim Wong pemurah

Harap orang lain jangan tiru ya!

Iklan

Baim Wong pemurah

Sangat memberikan motivasi dan menghiburkan.

Baim Wong pemurah

Baim Wong pemurah

Moga apa yang diusahakan Youtuber ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Siapa tidak kenal Baim yang rajin berkongsi rezeki dengan orang yang benar-benar berusaha untuk mengubah hidup.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Beberapa konten penuh motivasi dikongsikan kepada pengikutnya supaya lebih gigih berusaha mencari rezeki demi keluarga.

Moga lebih ramai insan berjiwa mulia di muka bumi ini untuk membantu mereka yang memerlukan.

Pun begitu, jangan ambil kesempatan pula ya! #kitajagakita #kitalaluibersama