JIKA seseorang berusaha sehabis mampu dan percaya dengan keupayaan diri, segalanya akan menjadi tidak mustahil, meskipun merentas pelbagai halangan atau umur sudah dilayak dipanggil nenek.

Begitulah kisah Mae Beale yang berusia 82 tahun yang wajar dijadikan teladan yang baik kepada semua.

Masakan tidak, beliau berjaya menggenggam segulung ijazah dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di University of Maryland Global Campus, Amerika Syarikat (AS) .

Merujuk laman web UPI, Beale yang pernah bekerja sebagai Jururawat Praktikal Berlesen (LPN) di Jabatan Kesihatan dan Pusat Perkhidmatan Manusia, AS pada mulanya menyambung pelajaran pada usianya akhir 70-an.

Ujarnya, hasrat untuk menyambung pengajian adalah bertujuan untuk membantu mengembangkan perancangan perniagaan beliau sebagai pengurus program.

“Penyelia saya juga berfikir bahawa saya mempunyai sesuatu yang istimewa.

“Ketika saya bekerja di Pusat Perkhidmatan Medicare dan Medicaid, saya berpengalaman  menganjurkan beberapa acara besar dan membuatkan ramai yang kagum,” ujarnya yang sangat teruja apabila mendapat ijazahnya sehari selepas menyambung ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

KISAH WANITA THAILAND

Dalam pada itu, memetik artikel Liputan 6, seorang wanita di Thailand, Kimlan Jinakul yang jauh lebih tua daripada Beale turut mencatat rekod apabila menerima ijazah sarjana muda pada usia yang begitu tua.

Jinakul dilaporkan berumur 91 tahun pada ketika itu!

Wanita yang berasal dari Wilayah Lampang, Thailand Utara tersebut merupakan pelajar yang boleh dicontohi dan kepintarannya diiktiraf ketika beliau masih muda.

Pun begitu, Jinakul tidak mendapat peluang untuk memasuki universiti lalu berpindah ke Bangkok bersama keluarganya sebelum berkahwin.

Iklan

Mahy dipendekkan cerita, pada usia 72 tahun, beliau mula menyambung impiannya dan belajar di Universiti Terbuka Sukhotai Thammathirat.

Bagaimanapun, anaknya menyebabkan beliau memutuskan untuk berhenti belajar.

“Selepas pulih daripada kesedihan dan kehilangan, saya mendorong diri untuk kembali belajar serta memilih jurusan Ekologi Manusia.

Baca juga Taylor Swift terima ijazah kehormat

Iklan

“Saya juga berharap arwah anak saya akan gembira mengetahui perkara ini,” katanya yang selalu bangun awal dan memberi sedekah kepada rahib.

Membaca dua kisah itu, SinarPlus kagum dengan kejayaan kedua-dua wanita itu.

Benarlah jika kita mempunyai keazaman yang tinggi, kejayaan akan sentiasa menanti.

Apa yang penting jangan mudah putus asa dan perlu ada matlamat diri. Semoga kisah itu menjadi inspirasi kepada semua.