SUDAH 10 hari umat Islam berpuasa dan tentunya sudah banyak bazar Ramadan dikunjungi untuk membeli juadah berbuka puasa kegemaran.

Bagi sesetengah orang, satu bazar Ramadan sudah cukup menepati cita rasa.

Namun, terdapat juga mereka yang belum lagi jumpa juadah yang betul-betul kena dengan selera, malah sanggup menjejaki semua bazar yang ada demi memenuhi keinginan.

bazar ramadan

Buat mereka yang tinggal di sekitar Selangor, Tourism Selangor menyenaraikan 10 destinasi bazar Ramadan terbaik bagi edisi tahun 2022!

Agensi tersebut dalam satu kenyataan menyebut, bazar Ramadan di Selangor menerima sambutan memberangsangkan susulan kebenaran beroperasi diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Jom kita lihat senarai bazar Ramadan terbaik yang boleh dikunjungi dan pastinya membuatkan kalian rambang mata:

bazar ramadan
Kredit: Malay Mail.

1. Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam

  • Bazar Ramadan paling terkenal di Shah Alam kerana mempunyai kawasan yang luas berhampiran Stadium Shah Alam.
  • Lagi best, kapasiti parking yang teratur dan selamat menjadi faktor ramai yang suka mengunjungi bazar tersebut.
  • Pelbagai juadah menarik seperti tepung pelita, akok, nasi ayam berempah, kambing bakar, ayam golek, pasta, laksa dan variasi minuman untuk dicuba.

Alamat: Tapak Pakir E1 & E2 Stadium Shah Alam, Selangor.

bazar ramadan
Kredit: Instagram @aktorzulkifli.

2. Bazar Taman Melawati

  • Salah satu bazar Ramadan terbesar di Lembah Klang yang memiliki tempat letak kereta yang luas.
  • Sebut sahaja menu yang anda mahukan, semuanya ada bermula daripada kuih-muih, roti bom, ayam percik, nasi lemak, tauhu bakar, pasta dan banyak lagi.
  • Antara sajian enak yang menjadi kegemaran ialah nasi kerabu!

Alamat: Bazar Melawati, Jalan Negara, Taman Melawati, Selangor.

bazar ramadan
Kredit: FOURSQUARE CITY GUIDE.

3. Bazar Ramadan USJ 4, Subang Jaya

  • Ramai yang bersetuju bahawa Bazar Ramadhan USJ 4 mempunyai jumlah gerai yang mampu menepati cita rasa juadah berbuka puasa.
  • Aroma ikan bakar yang menyapa anda ketika memasuki bazar tersebut pasti akan menggamit selera.
  • Jika anda sedang mencari lauk-pauk untuk hidangan berbuka puasa, terdapat banyak pilihan untuk dicuba!

Alamat: Jalan USJ 4/5, USJ 4, Subang Jaya, Selangor.

bazar ramadan
Kredit: Selangorkini.

4. Bazar Ramadan SS6/1, Kelana Jaya

  • Bazar Ramadan SS6/1, Kelana Jaya terkenal dengan pelbagai jenis gerai, antaranya nasi ambang dengan pilihan ayam goreng, ayam soya atau rendang daging.
  • Selain itu, jangan lepaskan untuk mencuba sambal ikan cencaru, ayam percik, laksa Penang, sate, kebab, menu panggang, makanan Cina dan India halal.
  • Sajian pencuci mulut dengan seleksi kuih tempatan dan minuman jus buah-buahan segar juga memang menarik untuk dibawa pulang.

Alamat : Jalan SS 6/1, SS 5, Petaling Jaya, Selangor.

bazar ramadan
Kredit: Instagram @asalgombak.

5. Bazar Ramadan Greenwood, Gombak

  • Bazar Ramadan yang terletak di Greenwood, Gombak juga menjadi kawasan pilihan kepada mereka yang inginkan sajian unik untuk berbuka puasa.
  • Antara menu popular seperti popia basah, nasi kerabu, ayam bakar, ikan bakar dan pelbagai jenis kuih-muih menyelerakan.

Alamat: Greenwood, Batu Caves, Selangor.

bazar ramadan
Kredit: Instagram @qadrakebab.

6. Bazar Ramadan Bandar Baru Selayang

  • Seperti bazar Ramadan lain, lokasi ini juga mempunyai tarikan tersendiri dengan pelbagai kulinari pencuci mulut yang nampak menyelerakan.
  • Boleh rambang mata dibuatnya! Kalian boleh mencuba apam balik, churros dan pelbagai jenis kuih tradisi.

Alamat: Bandar Baru Selayang Batu Caves, Selangor.

bazar ramadan
Kredit: Facebook Eda Shamira.

7. Bazar Ramadan Simpang 4, Klang

  • Antara destinasi popular di Klang kerana menyajikan makanan yang enak sehingga ramai yang sanggup beratur panjang.
  • Padanlah ramai yang sanggup bersesak-sesak ke sana untuk menikmati juadah kegemaran kerana ia memang berbaloi.

Alamat: Teluk Pulai (Simpang Empat) Klang, Selangor.

bazar ramadan
Kredit: FOURSQUARE CITY GUIDE.

8. Bazar Ramadan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

  • Bangi memang terkenal sebagai destinasi makanan viral dan jika anda mengunjungi kawasan itu, terdapat banyak bazar Ramadan di sana.
  • Pun begitu, antara yang paling popular menjadi sebutan ramai ialah Bazar Ramadan Seksyen 7.
  • Selain banyak pilihan, antara menu yang dikatakan enak seperti nasi kerabu, ayam golek dan popia basah.

Alamat: Seksyen 7 (Jalan 7/7 B) Bandar Baru Bangi, Selangor.

bazar ramadan
Kredit: FOURSQUARE CITY GUIDE (2019).

9. Bazar Ramadan Seksyen 17/1A, Petaling Jaya

  • Satu lagi destinasi bazar Ramadan di Petaling Jaya.
  • Terdapat juadah seperti roti john, ayam claypot dan kuih tepung pelita yang wajib dicuba.
  • Sebenarnya, banyak pilihan gerai yang boleh buat kalian rambang mata.

Alamat: 92, Jalan 17/1a, Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor.

bazar ramadan
Kredit: Taufulou.

10. Bazar Ramadan TTDI Grove

  • Terakhir sekali bazar Ramadan yang memang popular di Kajang untuk mereka yang sukakan masakan berat.
  • Antaranya nasi tomato, nasi lemak, hujan panas, padang dan pulut udang.
  • Rata-ratanya makanan yang dijual pada harga berpatutan dan lokasinya juga strategik untuk dikunjungi.

Alamat: Jalan TTI Grove, Kajang, Selangor.

Iklan

Selain 10 senarai destinasi yang dikongsikan, sebenarnya terdapat 241 bazar Ramadan di sekitar Selangor yang boleh anda pertimbangkan untuk lokasi seterusnya.

Pun begitu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan sepanjang mengunjungi bazar Ramadan demi kesejahteraan bersama.

sop

Baca juga Sudah lengkap dua dos? Jom singgah 5 kopitiam terbaik di Selangor, ada menu asli lebih 100 tahun!

Baca juga Ini 10 masjid paling indah, terbaik di Selangor, nombor 7 memang canggih

Iklan

Seiring kempen ‘Pusing Selangor Dulu’, Tourism Selangor juga merancakkan Ramadan 2022 dengan pertandingan menarik yang masih berlangsung hingga 15 April ini.

Jangan lupa layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter dan aplikasi TikTok Tourism Selangor untuk menyertai pertandingan seperti Kongsi, Tag dan Menang serta Isi dan Menang.

Baucar bufet Ramadan di 12 hotel terkemuka di Selangor menanti anda!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI