10 fakta menarik tentang bayi, fakta nombor dua kena jaga-jaga

MEMILIKI cahaya mata yang dinanti-nantikan selepas mendirikan mahligai cinta, pastinya menjadi saat membahagiakan buat setiap pasangan.

Bukan itu sahaja, si comel pun mempunyai fakta menarik yang ramai orang tidak tahu, kata Pegawai Perubatan Pediatrik Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, Dr Redza Zainol dalam akaun Twitternya baru-baru ini.

“Percaya atau tidak, bayi yang dilahirkan mempunyai 300 tulang, manakala orang dewasa hanya 206 sahaja. Kenapa jumlah tulang semakin sedikit? Ini kerana sebahagian tulang dalam tubuh bercantum ketika usia meningkat,” katanya.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, ada 10 fakta menarik lain yang akan dikongsikan SinarPlus untuk panduan para ibu. Berikut perinciannya:

1. Kelipan mata.
Bayi mengelip mata sebanyak satu hingga dua kali sahaja seminit, manakala orang dewasa mengelip mata 15 hingga 20 kali seminit.

2. Bernafas.
Bayi selalunya bernafas sekitar 30 hingga 60 kali seminit. Jadi bayi yang baru lahir, jika nafasnya laju melebihi 60 kali dalam seminit, mungkin tanda sedang mengalami jangkitan pada sistem pernafasan.

3. Air mata.
Percaya atau tidak, bayi yang dilahirkan akan menangis tanpa air mata sehinggalah usianya mencecah tiga hingga lima minggu.

4. Kandungan air.
Bayi mempunyai peratusan air dalam tubuh sebanyak 70 peratus, manakala orang dewasa hanya sekitar 60 peratus sahaja. Pun begitu, bayi lebih mudah mengalami dehidrasi dan jatuh sakit apabila kurang menyusu.

5. Nadi.
Kadar denyutan nadi bayi adalah sekitar 100 hingga 160 denyutan seminit, manakala kadar denyutan nadi orang dewasa pula adalah antara 60 hingga 90 seminit.

6. Kepala lutut.
Bayi tiada kepala lutut ketika dilahirkan dan tidak membentuk hinggalah bayi berusia 6 bulan.

7. Tanda lahir.
Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

8. Deria.
Anehnya, bayi mempunyai deria bau yang kuat dan boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan, bahkan pandai membezakan bunyi dan suara ibu semasa dilahirkan.

9. Kebolehan menyelam.
Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik sahaja dilahirkan, tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

10. Muzik.
Selalu mendengarkan muzik klasik boleh menambah kepintaran bayi.

Menarik bukan? Barangkali para ibu dan bapa boleh jadikan panduan dan praktikkan sepanjang tempoh tumbesaran si comel.

 

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

1 hour ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

1 hour ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

4 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

7 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

8 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

9 hours ago