10 fakta menarik tentang bayi, fakta nombor dua kena jaga-jaga

A
A
A

MEMILIKI cahaya mata yang dinanti-nantikan selepas mendirikan mahligai cinta, pastinya menjadi saat membahagiakan buat setiap pasangan.

Bukan itu sahaja, si comel pun mempunyai fakta menarik yang ramai orang tidak tahu, kata Pegawai Perubatan Pediatrik Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, Dr Redza Zainol dalam akaun Twitternya baru-baru ini.

"Percaya atau tidak, bayi yang dilahirkan mempunyai 300 tulang, manakala orang dewasa hanya 206 sahaja. Kenapa jumlah tulang semakin sedikit? Ini kerana sebahagian tulang dalam tubuh bercantum ketika usia meningkat," katanya.

redza zainol

Bukan itu sahaja, ada 10 fakta menarik lain yang akan dikongsikan SinarPlus untuk panduan para ibu. Berikut perinciannya:

1. Kelipan mata.

Bayi mengelip mata sebanyak satu hingga dua kali sahaja seminit, manakala orang dewasa mengelip mata 15 hingga 20 kali seminit.

2. Bernafas.

Bayi selalunya bernafas sekitar 30 hingga 60 kali seminit. Jadi bayi yang baru lahir, jika nafasnya laju melebihi 60 kali dalam seminit, mungkin tanda sedang mengalami jangkitan pada sistem pernafasan.

3. Air mata.

Percaya atau tidak, bayi yang dilahirkan akan menangis tanpa air mata sehinggalah usianya mencecah tiga hingga lima minggu.

redza zainol

4. Kandungan air.

Bayi mempunyai peratusan air dalam tubuh sebanyak 70 peratus, manakala orang dewasa hanya sekitar 60 peratus sahaja. Pun begitu, bayi lebih mudah mengalami dehidrasi dan jatuh sakit apabila kurang menyusu.

5. Nadi.

Kadar denyutan nadi bayi adalah sekitar 100 hingga 160 denyutan seminit, manakala kadar denyutan nadi orang dewasa pula adalah antara 60 hingga 90 seminit.

6. Kepala lutut.

Bayi tiada kepala lutut ketika dilahirkan dan tidak membentuk hinggalah bayi berusia 6 bulan.

redza zainol

7. Tanda lahir.

Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

8. Deria.

Anehnya, bayi mempunyai deria bau yang kuat dan boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan, bahkan pandai membezakan bunyi dan suara ibu semasa dilahirkan.

redza zainol

9. Kebolehan menyelam.

Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik sahaja dilahirkan, tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

10. Muzik.

Selalu mendengarkan muzik klasik boleh menambah kepintaran bayi.

Menarik bukan? Barangkali para ibu dan bapa boleh jadikan panduan dan praktikkan sepanjang tempoh tumbesaran si comel.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca