10 info aktifkan Secure2u melalui ATM Maybank selepas 31 Oktober, ini caranya

A
A
A

MALAYAN Banking Berhad (Maybank) memaklumkan bermula 31 Oktober ini, pengaktifan Secure2u buat kali pertama ataupun pada peranti baharu perlu dibuat di mesin juruwang automatik (ATM) miliknya.

Maybank menerusi laman Maybank2u memaklumkan, pelaksanaan itu adalah sejajar dengan langkah keselamatan terkini yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebaik diaktifkan, Secure2u menjadi kaedah utama digunakan untuk meluluskan transaksi di aplikasi Maybank2u dan MAE.

Baca juga: Tular ditipu puluhan ribu scammer kerja part time, wanita dedah kronologi dan modus operandi, psiko mangsa sampai duit licin

Berikut 10 info berkaitan Secure2u pengaktifan fitur berkenaan:

1-Secure2u adalah cara yang lebih pantas dan selamat untuk meluluskan transaksi pengguna menerusi platform Maybank2u dan MAE.

2-Pengguna hanya perlu membuat pengesahan menerusi Secure Verification dan Secure TAC. Secure2u ini hanya boleh didapati dalam aplikasi mudah alih milik Maybank iaitu, MAE.

3-Sebaik sahaja pengguna telah mengaktifkan Secure2U, ia akan menjadi kaedah default untuk meluluskan semua transaksi yang dijalankan.

4-Anda boleh menonton video di bawah bagi mengetahui Secure2u dengan lebih lanjut:

5-Secure2U dapat meluluskan transaksi dengan lebih pantas dan kerana ia menyambungkan peranti pengguna dengan akaun Maybank2u masing-masing. Ujarnya, Maybank boleh menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi kerana semua transaksi hanya dapat disahkan menerusi peranti yang telah didaftarkan sahaja.

6-Selain itu, pengikatan peranti unik dari sistem Secure2u ini juga dapat mengurangkan kadar pendedahan pengguna terhadap penipuan TAC.

7-Sebelum ini, penerima menerima kod TAC yang dihantar menerusi SMS kepada nombor telefon pengguna untuk meluluskan transaksi.

8-Ciri Secure2u pada aplikasi MAE juga telah ditambah baik dengan memberikan tempoh pengaktifan minimum sebanyak 12 jam bagi menghalang sebarang kelulusan yang tidak disahkan.

9-Bergantung pada jenis transaksi, anda boleh menjana enam digit dari Secure TAC menerusi aplikasi MAE.

10-Selain Secure TAC, pengguna juga boleh menerima notifikasi Secure Verification pada peranti yang didaftarkan, sama ada untuk menerima atau menolak transaksi.

Dengan Secure2u, pengguna tidak lagi perlu untuk menunggu mesej kod dari sistem pesanan ringkas (SMS). Justeru proses meluluskan transaksi menjadi lebih pantas.

Bagi mengetahui bagaimana cara untuk menerima atau menolak transaksi dengan menggunakan Secure2u, anda boleh menonton video di bawah.

Daftar Secure2u melalui aplikasi MAE

a-Muat turun atau lancarkan aplikasi MAE

b-Pada bahagian Quick Actions, tekan ‘Secure2u’ untuk daftarkannya pada peranti anda

c-Tekan ‘Register Secure2u Now’ dan ikuti arahan pada paparan untuk lengkapkan pendaftaran

d-Setelah pendaftaran Secure2u selesai, anda akan menerima push notification dan SMS untuk memberitahu anda supaya mengaktifkan Secure2u di ATM Maybank dalam tempoh 30 hari.

e-Jangan lupa untuk membawa bersama kad debit, kredit atau caj ke ATM Maybank seperti yang dinyatakan pada aplikasi MAE setelah pendaftaran Secure2u anda berjaya.

Aktifkan Secure2u di ATM Maybank

Setelah anda mendaftar Secure2u pada aplikasi MAE, ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkannya:

a)Apabila berada di ATM Maybank, masukkan kad anda dan masukkan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) kad tersebut.

b)Pada Menu Utama, pilih ‘Secure2u Activation’

c)Pilih ‘Activate Secure2u’ dan ikuti arahan pada paparan untuk lengkapkan proses pengaktifan

d)Setelah mengaktifkan Secure2u pada MAE, terdapat tempoh pengaktifan minimum 12 jam sebelum anda boleh menggunakan Secure2u untuk mengesahkan transaksi. Ini untuk menghalang pengaktifan Secure2u yang tidak sah.

Baca juga:  Tinggal RM1.97, RM5,444 dalam akaun lesap angkara scammer, berikut kronologi penipuan, hati-hati wanita!

Sumber: Maybank2u

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca