DITIPU ribuan ringgit hingga licin wang simpanan, demikian keluhan wanita ini yang menjadi mangsa penipuan dalam talian (scammer) yang melibatkan kerja sampingan atau part time dalam talian.

Siapa sahaja akan berasa sedih bila wang hasil titik peluh sendiri dikaut mudah pihak tidak bertanggungjawab.

Pengguna TikTok Fyqaa Zainol berkongsi bagaimana dirinya menjadi mangsa penipuan dalam tempoh seminggu. Video yang dikongsi tular dengan lebih 500,000 tontonan memberikan kesedaran kepada anak muda agar berhati-hati dengan tipu daya scammer.

Paling menyedihkan wang yang dimilikinya semua licin digunakan akibat terpedaya helah scammer yang licik bermain piskologi. Dahsyat pengalaman yang dikongsikan, memang wajar dijadikan pengajaran supaya kita juga tak menjadi mangsa.

Baca juga: Kad kredit diguna ‘scammer’ RM4,000 lesap, wanita ini kongsi langkah dapatkan duit semula

“Minggu paling down. Hilang semua duit dalam akaun Tak sanggup nak sebut berapa ribu. Doakan semoga boleh dapat balik duit ini sikit untuk teruskan hidup,” kongsi Fyqa.

Menurut Fyqa yang telah membuat laporan polis berhubung jenayah itu, pelbagai perkara dilalui. Daripada part timer biasa hingga dimasukkan ke dalam grup elit tugasannya ialah dengan menempah bilik hotel dengan mendahulukan duit sendiri sebagai bayaran.

“Tugasannya ialah tempah hotel, screen shot dan beri kepadanya (scammer) dan buat bayaran. Dia akan transfer semula kepada kita dengan keuntungan 10 hingga 15 peratus.

“Task pertama saya buat dapat duit balik. Task kedua pun sama. Masuk ke task ketiga pada hari itu ada dua hotel kena book.

“Setiap hotel harganya RM500. Scammer tak akan bayar lagi kerana task ketiga ini ada dua order. Hanya selepas settle dua order baru akan bayar. Untuk hari kejadian, aku tak mampu untuk bayar task kedua itu. Masa itu dah malam, bank pun dah tutup. Limit dah habis. Saya cakap saya proceed untuk esoklah,” katanya.

Baca juga: Tinggal RM1.97, RM5,444 dalam akaun lesap angkara scammer Berikut kronologi penipuan, hati-hati wanita!

Gambar hiasan (Kredit foto:Pexels )

Namun tanpa disangka, ia adalah helah untuk memerangkap Fyqa. Selain wang yang didahulukan tidak dibayar, wanita berkenaan juga seolah sudah ‘dicengkam’ dan terikat dengan taktik baru Premium Group.

“Apabila saya bayar keesokannya, saya dikenakan overtime task sebab lambat. Overtime task ini memerlukan saya buat dua tugasan dan ia perlu disudahkan untuk dapatkan duit yang semalam.

“Saya hanya nak dapatkan duit semula. Ketika ini saya sudah tahu saya perlu keluar daripada kerja part time ini. Untuk dapatkan duit semula, saya perlu buat overtime task dan akan dapat duit semula.

“Jadi saya siapkan task tersebut. Apabila siap task itu semua saya diberi ucapan tahniah dan kita akan proses you punya duit. Tiba-tiba dia boleh pula cakap saya kini di Premium Group kerana transaction saya dah banyak.

“Saya beritahu tidak minta dimasukkan ke dalam grup tersebut. Saya hanya nak duit sendiri semula. Katanya oleh kerana saya sudah masuk ke dalam Premium Group, saya perlu buat satu order untuk Premium Group barulah boleh dapat duit semula,” beritahu Fyqa.

Wanita itu tanpa berlengah menyudahkan tugasan yang diberi dan mendapat tahu bayaran untuknya sedang diproses. Sekali lagi penipu tersebut memberikan helah ia terpaksa dibayar berasingan dan memerlukan bayaran ‘linking fee’ untuk dua akaun.

Baca juga: Hati-hati scammer curi duit dalam akaun bank, Che Nom kongsi tip elak ditipu

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

“Saya diberitahu rebat sedang diproses dan dihantar ke pihak management. Sampai ke pihak management dan settle semua refund, jumlahnya sekian.

“Saya juga dimaklumkan transaksi tidak boleh dibuat sekali gus dan perlu split kepada dua akaun. Caj untuk linking fee ialah 60 peratus daripada jumlah itu.

“Oklah, saya pun hanya nak duit semula. Saya pun transfer lagi 60 peratus itu. Kemudian pihak scammer tanya, sudah bersediakah untuk transfer untuk akaun yang kedua. Rupanya linking fee dikenakan ialah 60 peratus itu adalah untuk setiap akaun.

“Masa itu duit saya sudah habis langsung tak ada apa. Pihak scammer minta lagi. Bagaimana saya nak dapatkan duit semula? Saya buat laporan polis,” tutur Fyqa.

Lebih menyedihkan, wanita itu baru menyedari tidak mungkin akan mendapat wangnya semula. Menerusi video berikutnya, wanita ini benar-benar sedih dan pasrah.

“Saya fikir akan dapat duit semula jika saya bayar jumlah 60 peratus itu. Polis beritahu saya tak akan dapat dah duit itu.

“Daripada komen-komen warganet, saya baru sedar tak akan dapat duit itu. Jadi apabila duit habis kita akan stop,” kongsinya.

Dalam pada itu, Fyqa berkongsi selain daripada sistem yang licik, penipu tersebut menggunakan taktik psikologi membuatkan mangsa terus percaya kepada mereka.

Berikut adalah apa yang didakwa Fyqa dilakukan oleh pihak terbabit.

1-Mereka akan masukkan mangsa ke dalam grup yang ada ramai peserta yang kononnya sama seperti mangsa yang baru memulakan kerja tersebut.

2-Semua orang dalam grup itu akan berikan feed back selepas dapat wang kembali.

3-Sebelum start semua, Fyqa telah mesej beberapa orang dalam grup itu dan bertanya sama ada bisnes tersebut ok atau tidak. Mereka beritahu tidak pernah cuba.

Iklan

Baca juga: “Tolong jangan percaya”, ibu kecewa scammer ambil kesempatan, nafi buka tabung sumbangan untuk Ainul

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

4-Jadi Fyqaa memberanikan diri mencuba dan ia ok. Selepas beberapa jam, ahli grup yang dihubungi mesej beritahunya yang mereka juga mendapat duit semula.

5-Jadi ia menyebabkan mangsa meneruskan task yang diberi.

6-Fyqa juga menerima mesej daripada orang baru di dalam grup itu bertanya sama ada pekerjaan itu selamat dan menguntungkan atau tidak.

7-Sehingga satu masa duit Fyqa sudah habis, dia telah mesej semua ahli rup dan bertanya jika dia boleh mendapatkan duitnya semula.

8-Fyqa memberitahu tak mahu komisen, hanya ingin mendapat duitnya semula sahaja.

9-Keesokannya ada ahli grup mesej dalam grup seperti yang dilakukannya.

10-Penipu tersebut menggunakan teknik psikologi membuatkan Fyqa berasa ada orang yang melalui situasi sama dan akan mendapat duitnya semula.

11-Dari itu, Fyqa menyedari dirinya sedang diberi tekanan secara psikologi
‘scammer’ kini semakin licik. Malah penipuan mereka juga boleh menjadi amat meyakinkan sehingga mudah memperdaya mangsa.

Baca juga: Order laptop, tapi dapat plastik game display. Ini taktik baharu scammer China

Iklan

Wanita hati-hati ya, dengan taktik licik penjenayah siber ini.

Kegiatan penipuan ataupun ‘scam’ sama ada secara atas talian (online) ataupun luar talian (offline) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) atau agensi-agensi berkenaan; tertakluk kepada bentuk-bentuk penipuan yang dijalankan.

Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan, kekalkan sebarang sms atau mesej daripada scammer. Sebarang bukti interaksi atau mesej dengan pihak mereka boleh dijadikan bukti semasa membuat laporan polis.

Jangan mudah tertipu dan buat laporan jika anda menjadi mangsa. Jika ragu-ragu, hubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/1599 atau BNMTELELINK menerusi talian 1-300-88-5465.

Baca juga: AWAS! Jangan sekali serah kod pengesahan enam digit WhatsApp, itu scammer!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan