MAJLIS Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) menyiarkan data untuk jenis kenderaan paling banyak membuat tuntutan insurans disebabkan kes kecurian.

10 senarai jenis motosikal yang paling paling banyak dicuri mengikut kes tuntutan insurans pada 2020 adalah:

  1. Yamaha 135LC

Yamaha 135LC atau lebih popular dipanggil Yamaha LC dalam kalangan masyarakat mendahului carta dengan 695 kes kecurian sepanjang 2020.

  1. Honda C100

Merupakan motosikal kapcai keluaran Honda dengan enjin empat lejang silinder tunggal dan sesaran enjin antara 49 hingga 109 cc.

Ia terus dikeluarkan sejak tahun 1958, dengan jumlah pengeluaran melebihi 60 juta pada tahun 2008 menjadikan Honda Cub sebagai kenderaan bermotor paling banyak dikeluarkan dalam sejarah.

  1. Yamaha 125Z

Dalam kalangan mat motor, model ini dipanggil 125 (disebut: one-two-fai atau one-two-pai), dan nama julukan itu kekal ikonik dan seakan sudah dikhaskan untuk 125Z sahaja walaupun itu sebenarnya nama cc enjin.

  1. Yamaha Y15ZR

Motor kapcai paling laju setakat ini!  Ia juga digelar ‘Y Suku’ yang merupakan jentera dua roda paling panas dalam pasaran Malaysia.

Nak ‘park’ perlu hati-hati, takut nanti hilang dicuri walaupun dah lock depan belakang atas bawah.

  1. Yamaha Lagenda

Lagenda adalah model pertama dalam siri Lagenda. Dilancarkan oleh pelumba motosikal Jepun Norifumi Abe, ia dibina sebagai pengganti kepada Yamaha SRX 100.

Siri motosikal ini popular kerana penjimatan bahan apinya (sehingga 42.7 km/L pada kelajuan lebuh raya) dan reka bentuknya yang agak sporty.

  1. Honda Wave

Model ini dikeluarkan bagi menggantikan Honda Cup dan rekaannya juga sentiasa dikemas kini tahun demi tahun mengikut cita rasa pengguna.

  1. Yamaha Ego

Iklan

Yamaha Ego merupakan sebuah skuter kecil seakan kapcai dengan teknologi CVT yang dikeluarkan oleh Yamaha.

Ia diperkenalkan di Asia Tenggara setelah kejayaan model Yamaha Nouvo dan menggunakan enjin SOHC 115 cc yang sama.

  1. Modenas Kriss

Kriss merupakan siri motosikal kapcai 4 lejang sulung oleh pengeluar motosikal nasional Malaysia, Modenas.

Iklan

Kriss sebenarnya dinamakan sempena senjata tradisional Melayu iaitu “keris”.

  1. Honda ANF100

Honda ANF100 adalah kod no bagi Honda Wave. Sebanyak 29 kes kecurian melibatkan model tersebut sepanjang tahun 2020.

  1. Yamaha YZF

Yamaha YZF-R1 merupakan superbike paling ikonik dalam sejarah Yamaha.

Sejak diperkenalkan pertama kalinya pada 1998, R1 menjadi sebahagian daripada sejarah penting syarikat permotoran ini yang turut sama menghasilkan jentera hebat untuk perlumbaan.