DALAM bahasa Jepun, negara Jepun dipanggil Nihon atau Nippon yang bermaksud tanah matahari terbit.

Rakyat negara itu percaya bahawa tanah air mereka adalah negara pertama yang melihat matahari naik di timur.

Seperti diketahui semua, Jepun sangat terkenal dengan kemajuan dan kehebatan teknologinya dan sering menjadi perintis dalam bidang kepakaran tertentu.

Menurut perkongsian Dr Abu Anas Madani melalui Facebooknya, ini antara 10 aspek menarik mengapa Jepun mencapai kemajuan selangkah ke depan berbanding negara-negara lain.

i) Di Jepun, anak kecil diajar pada awal sekolah rendah hingga darjah enam dengan satu mata pelajaran yang dinamakan ‘Jalan Ke Arah Akhlak’ yang mana pelajar mempelajari akhlak atau etika dan cara berdepan dengan orang.

ii) Tidak ada kegagalan (failure) pada awal sekolah rendah hingga ke peringkat tiga pertengahan kerana objektifnya untuk mendidik dan menanamkan konsep serta pembentukan peribadi atau watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation).

iii) Walaupun Jepun merupakan salah satu negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji. Ibu dan bapa bertanggungjawab ke atas anak-anak masing-masing di rumah.

iv) Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka. Faktor berkenaan membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan mementingkan aspek kebersihan.

v) Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan dan mereka akan membersihkan gigi setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

vi) Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka kerana menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

vii) Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai ‘jurutera kesihatan’ yang gajinya sebanyak USD5,000 hingga USD8, 000 (RM 20,182.24 hingga RM 32,291.58) sebulan, namun ia tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

Iklan

viii) Larangan mengunakan telefon di dalam tren atau kereta api, restoran dan tempat-tempat yang tertutup dan perlu ditetapkan (setting) dalam mode diam (silent) sebagai satu etika.

ix) Jika pergi ke restoran bufet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang d perlukan sahaja dan tidak akan meninggalkan apa-apa sisa makanan di atas pinggan.

x) Kadar kelambatan kereta api atau tren adalah sebanyak tujuh saat sahaja dalam satu tahun, ia kerana mereka adalah orang yang tahu akan menilai masa dan pentingkan ketepatan saat dan minit.


Doktor gigi di sebuah klinik swasta, Dr Azila Mohd Kasim turut memberi respons kepada perkongsian tersebut.

Iklan

Baca juga Jangan terus gosok gigi selepas makan, ini sebabnya

Katanya, beliau berharap agar senarai yang berada di tangga kelima (v) itu turut dipraktikkan di Malaysia. (Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan dan mereka akan membersihkan gigi setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda).

“Bukan apa, ia juga kerana penjagaan kesihatan gigi antara aspek yang penting yang perlu diberi penekanan sejak awal. Melentur buluh biarlah dari rebungnyakan?,” tulisnya.