ISTERI atau suami jangan hanya tahu nak pikat pasangan ketika zaman bercinta sahaja. Bila dah kahwin, skil memikat tidak digunakan lagi.

Walau bahtera perkahwinan sudah lama belajar, jangan sesekali lupa pentingnya memikat hati pasangan agar hubungan antara suami isteri kekal hangat dan hangat serta romantis.

Ibarat ombak dan pantai, ada pasang surutnya. Begitu juga kehidupan berumah tangga. Ada yang bahagianya bukan kepalang, tapi ada yang deritanya tak juga berakhiran.

Walaupun anda bukan seorang isteri yang romantik, tak bermakna anda tak boleh berbuat sesuatu untuk menarik minat suami.

Bila berdua, ada banyak peluang untuk menzahirkan dan menunjukkan rasa cinta terhadap suami. Sebenarnya, cara memikat hati suami tidaklah sesukar mana.

Berikut panduan yang dikongsikan Dr Fadzilah Kamsah atau lebih mesra dengan panggilan Tok Abah buat seluruh insan bergelar isteri;

Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa, cukup lakukan 10 hal ini untuk pikat hati suami;

1. Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan.

Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri.

Baca juga 7 tip bujang cari jodoh Dr Fadzilah Kamsah, pilihlah yang lihat waktu terburuk kita, tidak malas

Suami isteri bermanja-manja

2. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.

3. Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.

4. Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. Suami kadang kala rasa kecewa kalau kamu terlalu lantang atau melawan katanya.

5. Tutup diri kamu daripada sebarang lelaki lain. Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.

6. Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya.

Iklan

7. Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.

8. Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumah tangga serta menerangkan kubur.

Baca juga Bawa padah! Muat naik foto, video dengan isteri orang di Facebook, lelaki maut ditetak sabit

9. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.

10. Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit.

Iklan

Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat.

Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya.

Sumber: Facebook Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.