142 kawasan di Wilayah Petaling, Klang terjejas bekalan air sehingga jam 3 pagi esok

Masalah gangguan air, tak guna merungut, amalkan langkah berhemat ini jauh lebih baik
Masalah gangguan air, tak guna merungut, amalkan langkah berhemat ini jauh lebih baik
A
A
A

BERITA kurang baik buat penduduk dua wilayah di Selangor, korang akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 3 petang ini.

Perkara tersebut baharu sahaja memaklumkan Air Selangor bahawa telah berlaku kejadian paip pecah di Seksyen 15, Shah Alam yang berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuh Raya Persekutuan oleh pihak ketiga semalam.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Berikutan itu, Air Selangor perlu menjalankan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah tersebut yang akan bermula jam 3 petang ini, 26 Januari 2022.

Justeru, kerja-kerja pembaikan ini akan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 142 kawasan di Wilayah Petaling dan Wilayah Klang.

Air Selangor dalam satu kenyataan mengatakan, kerja-kerja pembaikan tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 3 pagi, 27 Januari 2022.

Katanya, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Baca juga [VIDEO] Menggerunkan! Kejadian tanah mendap, 5 kereta gelungsur dari ketinggian 9 meter, berikut 10 info mengenainya

"Air Selangor ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki," katanya.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca