KALAU sudah jodoh, memang takkan ke mana. Demikian perumpamaan yang sesuai diungkapkan buat wanita bergelar ibu tunggal ini apabila bertemu jodoh semula.

Memetik laporan Astro Awani baru-baru ini, pasangan warga emas Rohani Mohd Kassim dan suaminya Tuan Yusup Embi sah bernikah selepas sebulan berkenalan.

Rohani yang merupakan ibu tunggal tidak menyangka selepas 42 tahun memegang status tersebut, pintu hatinya kembali terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki bergelar suami.

warga emasBahkan dalam perkongsiannya, wanita itu tidak menyangka bakal bertemu jodoh semula dalam usia 78 tahun.

“Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula. Lama bersendiri membesarkan lapan anak

“Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan. Pada awalnya saya belum mahu lagi, tetapi siapa kita untuk menolak ketetapan Ilahi. Alhamdulillah akhirnya hari ini kami disatukan sebagai suami isteri,” katanya kepada Astro AWANI.

wedding
Gambar sekadar hiasan

Teman beribadah

Malah beliau yang aktif melakukan aktiviti di masjid berhampiran kediamannya di Cheras bersyukur kerana selepas ini sudah ada teman untuk sama-sama ke rumah ALLAH itu.

warga emas kahwin

Iklan

“Perjuangan kami sama. Mahu banyakkan beribadah pada hujung usia di masjid. Kalau sebelum ini ke masjid atau surau seorang, lepas ni dah ada teman.

“Faktor ini menguatkan lagi kenapa saya memilih dia sebagai suami. Doakan kami bahagia sampai ke Syurga. Insya-Allah,” katanya.

Sekadar makluman, Rohani memiliki lapan orang cahaya mata, 46 cucu dan 15 cicit hasil perkahwinan pertama bersama Allahyarham Hamid Lomak.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!