42 tahun bergelar ibu tunggal, wanita ini bertemu jodoh semula di usia 78 tahun. ‘Dulu pergi masjid seorang, kini berteman’

KALAU sudah jodoh, memang takkan ke mana. Demikian perumpamaan yang sesuai diungkapkan buat wanita bergelar ibu tunggal ini apabila bertemu jodoh semula.

Memetik laporan Astro Awani baru-baru ini, pasangan warga emas Rohani Mohd Kassim dan suaminya Tuan Yusup Embi sah bernikah selepas sebulan berkenalan.

Rohani yang merupakan ibu tunggal tidak menyangka selepas 42 tahun memegang status tersebut, pintu hatinya kembali terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki bergelar suami.

Iklan
Iklan

Bahkan dalam perkongsiannya, wanita itu tidak menyangka bakal bertemu jodoh semula dalam usia 78 tahun.

“Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula. Lama bersendiri membesarkan lapan anak

“Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan. Pada awalnya saya belum mahu lagi, tetapi siapa kita untuk menolak ketetapan Ilahi. Alhamdulillah akhirnya hari ini kami disatukan sebagai suami isteri,” katanya kepada Astro AWANI.

Gambar sekadar hiasan

Teman beribadah

Malah beliau yang aktif melakukan aktiviti di masjid berhampiran kediamannya di Cheras bersyukur kerana selepas ini sudah ada teman untuk sama-sama ke rumah ALLAH itu.

“Perjuangan kami sama. Mahu banyakkan beribadah pada hujung usia di masjid. Kalau sebelum ini ke masjid atau surau seorang, lepas ni dah ada teman.

“Faktor ini menguatkan lagi kenapa saya memilih dia sebagai suami. Doakan kami bahagia sampai ke Syurga. Insya-Allah,” katanya.

Sekadar makluman, Rohani memiliki lapan orang cahaya mata, 46 cucu dan 15 cicit hasil perkahwinan pertama bersama Allahyarham Hamid Lomak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di Twitter

InstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Bertuahnya! Ibu beli 10 gelang emas hadiahkan kepada cikgu sempena Hari Guru buat ramai terkesima

HARI Guru yang jatuh pada 16 Mei adalah hari istimewa diisytiharkan untuk mengenang jasa dan…

2 hours ago

Achey dedah kisah sewaktu ambil anaknya 6 tahun lalu bikin sebak. ‘Dapat panggilan telefon, tanpa lihat gambar, keadaan dia…’

SEMALAM merupakan hari lahir Tiara yang merupakan anak angkat kepada pasangan selebriti Achey Bocey dan…

5 hours ago

Jualan Korea Day Mega memang syok habis! Grab peluang menang hadiah lumayan lebih RM9,000

SEMPENA jualan Korea Day Mega yang sedang berlangsung dengan rancak di Shopee, apa kata kalian…

5 hours ago

‘Anak baik, jaga ibu bapa sakit.’ Atlet kayak parah dilanggar pemandu mabuk, diseret sejauh 600 meter, keluarga tuntut pembelaan

BAGAIKAN tiada kesudahan, pemandu mabuk terus mencetuskan kecelakaan. Terbaru atlet kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias,…

6 hours ago

Pink identiti Jelita Aesthetic, wanita ini DIY sendiri 15,000 kuntum bunga. Cantik, elegan & tampak feminin!

SESUAI dengan namanya, Jelita Aesthetic yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor itu merupakan…

6 hours ago

Pengantin lelaki buat kejutan, gubah 1 juta peso jadi permaidani untuk isteri sebagai lambang cinta. Romantisnya!

  BERTUAHNYA badan. Pengantin lelaki di Filipina membuat kejutan untuk isterinya di hari perkahwinan mereka…

7 hours ago