MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi ditawarkan bawah RM10 jer.

Tak percaya? Kalau kalian plan nak lepak makan masakan ayam bakar dengan harga mampu milik, apa kata pertimbangkan The Roasted Chicken HQ.

Premis yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor itu bukan saja menawarkan cita rasa ala Barat, bahkan air disediakan percuma. Siap boleh refill sampai puas.

Dalam 20 menu nasi dan western yang ditawarkan, set paling laku keras, sudah tentunya set nasi ayam roasted & crispy yang menjadi signatur premis.

terpaling rahmah

Nak tengok senarai menu? The Roasted Chicken HQ menyediakan makanan seperti quarter cowboy chicken, nasi kerabu roasted, nasi lemak roasted & crispy, nasi ayam geprek dan nasi ayam penyet roasted.

Nakkan kelainan, boleh order Nasi Pak Arab Roasted, nasi ayam ketchup roasted dan nasi butter crispy untuk isi perut.

terpaling rahmah

Kalau selera kalian lebih kepada western, boleh cuba Hot plate Chicken Chop, chicken chop, fish & chips, spageti carbonara dan lamb chop.

Boleh dikatakan terdapat harga sepinggan ditawarkan serendah RM7.90 jer lengkap dengan air percuma.

 

Kalau bertuah, boleh rasa air solero viral free, selain sirap dan teh o limau ais untuk mereka yang rancang nak makan sama ada untuk tengah hari atau malam.

Menerusi info yang dimuat naik dalam Facebook rasmi milik premis berkenaan, jika ada yang rindu atau anak-anak suka makan ayam goreng, pihaknya menawarkan RM9.90 jer.

terpaling rahmah

“Side hidangan ala snack plate lengkap dengan dua ayam goreng crispy. Anda boleh pilih dua daripada side dish seperti coleslaw, mash potato, corn, baked bean dan mixfruit.

“Selain itu, kita ada chezy makaroni dan carbonara makaroni dengan side dish seperti sos lada hitam atau sos thai. Semua itu sekali dengan teh o’ limau ais,” tulisnya.

terpaling rahmah

Seorang pengunjung, Afzal Sukasuki II juga terkejut apabila tujuh menu yang dipesan termasuk tiga smoothies buah-buahan dengan total harga RM98 jer.

Iklan

Baca juga Petua mudah segarkan isi ayam mentah guna garam, 5 minit kembali merah

“Konsep menu kat The Roasted Chicken ni ready to eat. Highlight menu kat sini set Quarter Chicken Cowboy. Rasanya sama macam jenama luar tapi versi lokal dan jauh lebih murah.

terpaling rahmah

terpaling rahmah

“Set paling murah RM6.90 (set bubur ayam roasted/crispy) dan set paling mahal RM15.90 (set lamb chop).

Baca juga Resipi ayam bakar ala Thai siap sos ‘terangkat’ habis! Tak rugi cuba memang sedap

Iklan

“Walaupun murah, rasa dan kualiti makanan dia sedap. Portion pun besar. Pada aku berbaloilah pada mereka yang punya famili ramai dan student,” tulisnya.

terpaling rahmah

The Roasted Chicken HQ
Alamat: No 3, Jalan Elektron M U16/M, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: The Roasted Chicken

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!