5 langkah 'booster' untuk latih diri jadi kreatif ketika duduk rumah

A
A
A

ADA yang berpendapat individu yang berpendidikan tinggi memiliki daya kreativi yang tinggi dan bijak dalam soal penyelesaian masalah.

Walhal daya kreativiti itu bukanlah terlalu bergantung kepada tahap pendidikan.

Hal ini kerana individu yang kreatif sedia melatih minda mereka untuk menyelesaikan masalah yang rumit dengan cara mudah.

Sebagai contoh, pengasas organisasi gergasi Apple, Steve Jobs manakala Mark Zuckerberg optimis membangunkan laman sosial popular, Facebook tanpa mendapat pentauliahan dari mana-mana universiti.

Oleh itu, SinarPlus ingin kongsikan lima cara untuk membantu kita menyerlahkan sisi kreatif sementara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama 14 hari di rumah:

1. Ubah cara pemikiran

Tidak dinafikan ada individu yang dikurniakan dengan kebijaksanaan sejak lahir. Bagaimanapun, tidak semestinya kebijaksanaan atau kemahiran itu tidak boleh dipelajari.

Paling penting kita mempunyai semangat untuk mencapai impian dan sanggup untuk mengambil risiko dengan mempelajarinya dari awal.

Bagai kata pepatah, belakang parang diasah lagikan tajam. Jadi, jangan mudah mengalah atau kecewa sekiranya berdepan dengan kegagalan.

Jika pemasalahan berlaku, tidak perlu tuding jadi kepada mana-mana pihak, tetapi cuba mengubah sudut pandangan dan cara fikir untuk mencari jalan penyelesaian.

2. Tulis jurnal

Gunakan buku dan pen untuk menulis dan mencatat setiap apa yang difikirkan atau terlintas di minda.

Idea kreatif itu kadangkala boleh datang secara tiba-tiba tanpa disangka seperti sewaktu sedang berjalan-jalan atau berbual-bual dengan rakan-rakan.

Di zaman canggih ini mungkin ada yang mengatakan idea pen dan buku nota itu lapuk kerana sudah tersedia telefon pintar, namun adakah anda menggunakannya dengan bijak?

Boleh jadi cara lama ini akan membantu kita untuk melatih diri menjadi individu yang memiliki daya pemikiran tinggi.

3. Baiki kelemahan

Setiap daripada kita pasti pernah melakukan kesilapan tidak mengira sama ada dalam membuat keputusan atau membeli barangan di pasar raya.

Disebabkan sudah menjadi sifat semula jadi manusia tidak sempurna dan akan tetap melakukan kesalahan secara sengaja atau sebaliknya.

Justeru, ambil peluang untuk mempelajari dan melatih diri menjadi kreatif kerana kita akan memikirkan solusi terbaik saat berdepan dengan masalah.

Paling utama jangan takut atau malu melakukan kesalahan kerana ia akan menjadi guru yang terbaik untuk mengajar kita memperbaiki diri dan menjadi lebih baik pada masa depan.

Ingat! ada pendapat mengatakan "learn from the mistakes".

4. Berkawan dengan 'budak bijak'

Pemilihan rakan-rakan amat penting untuk membentuk peribadi kita. Bukan sahaja keluarga, tetapi sahabat juga penting kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Ada antaranya mungkin dilihat seperti tidak mempunyai masa depan, tetapi siapa tahu sisi kreatif mereka jauh lebih hebat daripada kita.

Sebagai contoh perhatikan bagaimana seorang pemuzik buta mampu bermain alat muzik sedangkan kita yang celik juga belum tentu mahir melakukan perkara tersebut.

5. 'Kuasa' muzik

Iringan muzik pasti ada setiap kali babak sedih atau gembira sama ada sewaktu menonton filem atau drama Melayu "di luar kotak".

Pernahnya kita terfikir mengapa perlu ada iringan muzik sedangkan emosi pelakon itu sendiri sudah mencukupi?

Kehadiran muzik itu sebenarnya dapat mencetuskan mood dan mendorong kita untuk turut sama mendalami perasaan saat menonton naskhah tersebut.

Justeru, secara tidak langsung muzik memberi daya kreatif dan merangsang otak untuk lebih aktif dan menaikkan semangat.

Bayangkan jika mendengar lalu tanpa iringan muzik, tetapi yang ada hanya nyanyian suara penyanyi, bagaimana perasaannya?

Selain daripada lima perkara ini, ada pelbagai kaedah lain yang dapat dilakukan kerana idea kreatif itu boleh jadi pada bila-bila masa.

Paling utama kita mempunyai semangat dan keinginan untuk mengubah diri menjadi lebih baik dan tidak terlalu 'bahagia' berada di zon selesa.

Semoga berjaya!

 

Nota: Jaga diri dan duduk rumah. Jika perlu keluar pastikan memakai pelitup muka dan menggunakan sanitasi tangan. #kitajagakita #kitaharungibersama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca