5 pemain hebat bola sepak beragama Islam yang mungkin kita tidak tahu

A
A
A

PERMAINAN bola sepak antara sukan yang popular dan paling ramai diminati tidak mengira lapisan usia, bangsa dmahupun kepercayaan walau dimana sahaja negara.

Apabila tiba sahaja acara sukan bola sepak Piala Dunia, pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan aksi pemain dan pasukan kegemaran masing-masing.

Mula diperkenalkan pada tahun 1930, Uruguay menjadi negara pertama yang menjuarai acara tersebut.

Disertai oleh pelbagai negara, namun terdapat juga pemain terkenal dunia beragama Islam menyertai pasukan yang majaroti ahlinya berbeza agama.

Bagi yang sudah hidupnya seperti makan bola, tidur bola mungkin sudah mengetahui, tetapi SinarPlus percaya ada antara kita masih tidak menyedarinya.

Justeru, SinarPlus kongsikan lima pemain popular dunia beragama Islam beraksi di atas padang bola sepak antarabangsa:

1. Paul Pogba (Perancis)

Atlet berusia 28 tahun itu merupakan pemain bola sepak pasukan Perancis. Sebelum itu Pogba terlebih dahulu mencipta nama di Itali bersama pasukan Juventus. Dilahirkan di Lagny-sur-Marne, Seine-et-Marne, Perancis oleh kedua orang tuanya berasal dari Guinean.

Pogba juga sudah mendirikan rumah tangga bersama wanita warga Bolivia, Maria Zulay dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Labile Shakur. Dianggarkan pendapatan Pogba boleh mencecah RM88juta setahun.

2. Marouane Fellani (Belgium)

Dilahirkan di Magribi, atlet berusia 33 tahun itu merupakan pemain bagi pasukan Belgium. Fellani juga merupakan pemain tengah kelab Shandong Luneng Taishan di China.

Bapanya, Abdellatif juga merupakan seorang bekas penjaga gol sebuah kelab di Magribi sebelum berhijrah ke Brussels, Belgium. Fellani dianggarkan memperoleh pendapatan sekitar RM110juta setahun.

3. Sadio Mane (Senegal)

Memulakan kerjaya seawal usia 19 tahun, Mane merupakan pemain pasukan Senegal dan tersenarai sebagai pemain terbaik dunia menerusi ranking FIFA bagi 2019 dan 2020.

Difahamkan Mane masih belum berumah tangga, namun wujud khabar mengatakan beliau menjalin hubungan istimewa dengan seorang wartawan sukan, Melissa Reddy. Dianggarkan pendapatannya mencecah RM33juta setahun.

4. Ibrahim Afellay (Belanda)

Berusia 35 tahun, Afellay merupakan pemain tengah pasukan Belanda. Memulakan kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak profesional sekitar tahun 2005 dalam pasukan PSV Eindhoven. Pendapatan beliau dianggarkan sebanyak RM35juta setahun.

5. Mesut Ozil (Jerman)

Kemunculan pemain berusia 33 tahun itu sentiasa mencuri perhatian khalayak sejak pertama kali mewakili pasukan negara Jerman pada 2010. Ketangkasan Ozil sewaktu beraksi di atas padang nyata tidak dapat dinafikan sehinggakan beliau diberi gelaran The Assist King.

Ozil mendirikan rumah tangga dengan bekas Ratu Cantik Turkey 2014, Amine Gulse Ozil dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eda Ozil. Pendapatan Ozil dianggarkan sebanyak RM15juta setahun.

Melihat kepada hasil pendapatan tahunan mereka pasti ada yang teringin untuk menjadi pemain bola sepak.

Walau apa pun diharapkan kalian berjaya dalam pilihan kerjaya masing-masing dan bersama-sama kita memerangi virus Covid-19 dengan cara mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. #Kitaharungibersama #kitajagakita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca