6 aktiviti kuatkan sistem imun badan buat anak membesar dengan sihat

A
A
A

6 aktiviti kuatkan sistem imun badan buat anak membesar dengan sihat

ANAK-ANAK adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang amat besar bagi setiap ibu bapa.

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dan membentuk manusia berperibadi mulia bermula sejak mereka lahir lagi.

Sebagai ibu bapa sudah tentu kita selalu tertanya-tanya tentang pelbagai perkara yang melibatkan pengasuhan anak-anak dari semua aspek terutamanya kesihatan.

Bermacam-macam persoalan yang dihadapi oleh ibu bapa kerana semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kan? Jadi apakah cara-cara terbaik untuk membesarkan anak?

Menurut Pakar Otak dan Kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar, dalam membesarkan anak dengan sihat, tidak perlu ajar ambil pelbagai suplemen kerana mereka masih kecil. Tak pasal-pasal rosak buah pinggang anak-anak.

Jadi, ini enam aktiviti disarankan Dr Rizalyang boleh dilakukan untuk kuatkan sistem imun anak-anak;

Kredit foto: neuroversiti

1. Berjemur

Tak perlu sunning ala ala orang putih. Cukup selama belasan minit di bawah sinaran matahari pagi

Bekal vitamin D untuk sistem imun. Baiki mood dan karakter anak. Elak anak jadi mudah marah

Elak masalah rabun dekat. Paling padu, berada di luar rumah selama 30-60 minit dalam sehari.

Baca juga Legakan batuk guna 2 bahan mudah, petua dikongsi Dr Rizal

Kredit foto: neuroversiti

2. Grounding

Saya pun suka buat. Kebiasaan lepas buat kerja. Saya keluar sekejap dan nikmati alam.

Tanggalkan kasut dan jalan di atas rumput.Ikut kajian, grounding bantu redakan inflamasi.

Dan kurangkan sakit dari segi emosi dan mental. Bantu degupan jantung normal. Baiki kualiti tidur. Kurangkan hormon stres kortisol.

Bantu anak untuk tahu cara tenangkan diri apabila sedang marah.

Kredit foto: neuroversiti

3. 'Messy Play' luar rumah

Aktiviti luar rumah boleh buatkan otak anak lebih bijak. Bantu kembangkan minda dan biarkan mereka belajar sendiri. Ini dapat tingkatkan skil komunikasi. Mereka reti bergaul dengan anak anak lain.

Jika kurang didedahkan dengan aktiviti luar rumah, mereka berisiko untuk kurang bina otot. Kurang tahu cara kawal emosi. Anak mudah jadi terlalu manja atau terlalu degil.

Baca juga Legakan batuk guna 2 bahan mudah, petua dikongsi Dr Rizal

Kredit foto: neuroversiti

4. Riadah keluarga

Luangkan masa untuk pergi travel. Eratkan hubungan. Family bonding itu penting. Agar anak berasa selesa dan selamat. Minda lebih terbuka dan boleh belajar perkara baru.

Boleh buat aktiviti berjalan kaki. Bila sentiasa aktif. Badan sentiasa bakar lemak. Sel-sel rosak sentiasa ditapis keluar.

Kredit foto: neuroversiti

5. Makanan tinggi prebiotik

Anak kena beri makan makanan tinggi serat, protein dan prebiotik. Untuk sistem imun sihat. Usus juga perlu dalam keadaan terbaik.

Elak bagi anak makan makanan berproses. Makanan tinggi gula dan tinggi pengawet serta pewarna. Otak kecut. Sel neuron tak bertambah. Jangan jadi penyebab otak anak lembab, kemudian, jadi salah mereka.

Baca juga Legakan batuk guna 2 bahan mudah, petua dikongsi Dr Rizal

6. Tidur berkualiti

Ini ubat natural untuk pulihkan badan. Anak yang tengah membesar perlu tidur cukup. Senang cerita.

Tidur kena pada tahap kemampusan tinggi. Tidur nyenyak. Tapi! Elak bagi anak kerap tidur meniarap.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar, neuroversiti.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca