BILA sebut je tikus, memang ramai yang rasa geli geleman.

Masalah tikus adalah sesuatu yang sangat serius kerana ia boleh membawa macam-macam penyakit, dan kadang-kadang sehingga mengancam nyawa.

Tikus adalah haiwan perosak yang sangat digeruni pemilik rumah dan juga kedai makan.

Bila ada je tikus, orang akan terus menyangka yang tempat tersebut adalah kotor dan jijik.

Cara yang biasa digunakan bila nak uruskan masalah tikus adalah dengan memasang perangkap tikus atau letak racun tikus.

Kedua-dua cara ni tak begitu efektif sebab tak semua tikus yang ada akan mati kalau kaum kerabatnya dah ramai, jadi tikus masih boleh datang dan mengganggu kehidupan anda.

Sebenarnya, ada pelbagai cara halau tikus lain yang boleh korang cuba, antaranya;

1. Daun Pandan

Boleh letakkan daun pandan pada tempat yang ada tikus dan pada laluan mereka kerana tikus sangat tak suka dengan bau pandan.

Selain halau tikus, rumah anda pun akan berbau harum dan segar, best kan!

2.Daun Durian Belanda

Dapatkan beberapa helai daun durian belanda dan letakkan pada sarang tikus atau tempat yang selalu mereka lalu. Lepas 2 atau 3 hari, gantikan daun tadi dengan yang baru.

Boleh juga letak dalam almari pakaian untuk mengelakkan tikus bersarang dalam tu.

8 cara halau tikus di rumah, nombor 3 tu mesti sekali kena tak datang dah

3. Pokok Daun Semalu

Tikus memang sangat takut dengan pokok daun semalu ni, sebab ada duri yang tajam pada tumbuhan ni.

Kalau tak nak tikus datang, korang boleh cuba menanam pokok daun semalu pada sekeliling atau di tepi rumah yang menjadi laluan mereka.

4. Kulit Durian

Lepas makan durian, letakkan beberapa potongan kulit durian pada laluan tikus.

Mereka akan takut untuk datang kerana kulit durian yang berduri tajam tu dan juga sebab bau durian yang tak digemari oleh tikus.

Artikel berkaitan: Harimau mandi di Selangor cuit hati warganet

Iklan

5. Sisa Teh Uncang

Ambil je teh uncang yang dah digunakan dan gantungkan pada tempat yang selalu tikus lalu.

Tikus memang tak suka dengan bau teh uncang, dan pada masa yang sama uncang tu pun boleh menghalau labah-labah. Haa… percaya tak?

8 cara halau tikus di rumah, nombor 3 tu mesti sekali kena tak datang dah

6. Serai Wangi

Serai wangi ni kira cara yang paling popular untuk halau tikus. Siap ada macam-macam produk yang dah dibuat menggunakan serai wangi ni, dalam bentuk serbuk, cecair, dan kiub pun ada.

Kalau nak halau haiwan perosak tu dengan cepat, letak serai wangi segar, atau sembur je cecair serai wangi pada laluan atau sarang tikus.

7. Cuka atau Serbuk Lada Hitam

Titiskan cuka ke dalam bekas kecil pada tempat laluan tikus, dan kena sentiasa tambah cuka di situ.

Kalau korang tak gemar dengan bau cuka, boleh juga taburkan serbuk lada hitam pada laluan tersebut.

Iklan

8 cara halau tikus di rumah, nombor 3 tu mesti sekali kena tak datang dah

8. Bela Kucing!

Pada yang gemar dengan kucing mesti melompat riang bila tengok cara ni kan.

Tapi, korang kena pastikan yang kucing tu memang jenis yang sangat pandai menangkap tikus, jadi korang boleh biarkan saja kucing tu membuat kerjanya.

Mana tau, tengah duduk tengok TV, tiba-tiba dapat hadiah tikus seekor!Haha.

Semoga bermanfaat.

Sumber: propertyguru