Oleh MEEN TAHRIN

SEKEPING gambar yang menunjukkan seekor harimau sedang mandi telah mencuit hati warganet.

Rata-rata terhibur dengan gambar tersebut yang kena dengan situasi keadaan di Selangor ketika ini.

harimau mandi

Tulisan pada kapsyen gambar tersebut:

Yeahh..Leganya ada air..

Penduduk Lembah Klang menarik nafas lega selepas 83% daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas LRA Sg Selangor Fasa 1,2,3 & Rantau Panjang akibat pencemaran, telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat 6 pagi tadi

Namun selain daripada terhibur dengan gambar itu, sebenarnya ramai yang tidak menyangka bahawa Bernama juga ada sisi lucu.

Melalui komen-komen di Twitter Bernama, ramai pembacanya yang mengakui perlu membaca beberapa kali untuk memastikan bahawa itu adalah tweet dari Bernama sendiri.

Sesekali kan, apa salahnya.  Jangan serius sangat ketika PKPB ini.

Berikut komen warganet yang mudah terhibur:

Haha I double checked the twit name also…” – @so_geneus

Ingatkan silap mata tadi. Kus semangat! Admin dah pandai ye…” – @TiaMelia12

Iklan

harimau mandi

Dua kali jugak aku baca tweethandle, ada vibe BERMANA. Tapi takpa, funny.” – @NazmiHanafiah

Yup. Double triple check utk pastikan bukan bermana. Main2 ehRelieved face.” – @99_maizatul

Bernama kemain eh skrg siap letak gambar rimau.” – @syazanazamree_

Iklan

harimau mandi

Bernama dah makin menarik… abis la org x baca Bermana lps ni.…” – @Pocong54617492

ingatkan ade rimau kat Lembah Klang.” – @awtfzyn

Beriya jugak aku check twthandle.” – @sykrhwhn