BEBERAPA buah negeri di pantai barat Semenanjung dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada waktu petang hingga awal malam mulai esok.

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ia melibatkan lapan buah negeri dan wilayah persekutuan termasuk negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.

Selain itu barat Sabah, utara dan tengah Sarawak turut dijangka mengalami cuaca yang sama bermula 28 Januari sehingga 3 Februari.

Manakala negeri-negeri di utara dan timur Semenanjung mengalami cuaca panas dan kering.

Dalam pada itu, berdasarkan analisis MetMalaysia, sistem cuaca tekanan rendah di barat Pulau Palawan, Filipina dijangka bergerak ke arah barat laut menjauhi negar. Ia juga diramalkan tidak berkembang menjadi siklon tropika yang signifikan dalam tempoh 24 jam.

Justeru, orang ramai dinasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Dalam perkembangan terkini, kejadian ribut melanda di beberapa lokasi termasuk Shah Alam.

Hujan berserta ribut membadai sekitar 5 petang mengakibatkan kerosakan infrastruktur di sekitar bandaraya itu.

Antaranya  bumbung tempat letak kenderaan sebuah pasaraya di kawasan itu diterbangkan angin kencang menyebabkan lapan kenderaan rosak.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan laporan berkenaan sebatang pokok telah tumbang dan menghempap dua buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat berdekatan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Malah hujan batu dipercayai berlaku di sekitar Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam.

Berikut antara video dan foto yang tular di laman sosial :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Iklan

Justeru, korang semua jangan abaikan langkah keselamatan ketika ribut petir melanda.

Cari tempat berlindung sama ada di dalam kedai, rumah atau bangunan. Seeloknya berlindung di bangunan yang tertutup.

Sumber: Twitter MetMalaysia  Bernama

Sumber video dan foto: Sinar Harian, Bernama