9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos

9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos
August 4, 2020
Oleh Meen

K-DRAMA semakin mendapat tempat di hati penonton sehingga banyak ditayangkan di kaca TV. Tambahan pula kini, terdapat banyak website yang boleh korang boleh pilih untuk tonton drama-drama hebat secara online ikut kesesuaian masa korang sendiri.

Sudah menjadi kebiasaan peminat K-Drama apabila mereka sering menantikan drama-drama terbaru yang bakal ditayangkan setiap bulan.

Buat die hard fan K-drama berita baik buat korang! Ogos ini, khabarnya ada lebih kurang 9 buah drama terbaru yang bakal muncul.

Jom kita lihat antara drama yang bakal menyerikan hari-hari korang nanti supaya tak suram atau krik krik sangat kat rumah tu.

Let’s check this out!

  1. Do You Like Brahms?

9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos

Drama terbaru SBS ini dibintangi oleh Kim Min Jae dan Pak Eun Bin yang menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar yang meminati bidang muzik.

Park Joon Young mula bermain piano semasa beliau berusia 6 tahun. Beliau memenangi pertandingan terkemuka di negara sebelum meneruskan pertandingan di seluruh dunia.

Manakala, Chae Song Ah, seorang senior kolej yang mengambil bahagian dalam persembahan biola.

Setelah menamatkan pengajiannya dalam jurusan perniagaan, dia memasuki universiti yang sama sekali lagi untuk pergi ke sekolah muzik selepas empat kali mencuba dan dia berumur tujuh tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya. Walaupun berbeza umur, dia tekad untuk meneruskan impiannya.

  1. Forest of Secrets 2

9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos

Drama yang menggantikan It’s Okay Not To Be Okay menceritakan tentang hubungan yang berlawanan pihak pendakwa dan polis dalam menangani kes.

Musim pertama drama ini telah ditayangkan pada tahun 2017 dan kali ini Hwang Si-mok (Cho Seung-woo) dan Hany Yeo-Jin (Bae Doo-na) bergabung tenaga untuk menangkap pembunuh bersiri dan membongkarkan rasuah yang berlaku secara senyap dalam pejabat pendakwaraya tersebut.

  1. Lonely Enough To Love

9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos

Drama ini berkisarkan tentang Cha Kang-woo (Ji Hyun-woo), seorang pakar psikiatri dan mempunyai personaliti unik, manakala Lee Na-Eun (Kim So-Eun) ialah seorang editor freelancer yang sudah 4 tahun tidak bercinta.

Iklan

Dalam kehidupan zaman sekarang seakan sudah menjadi trend untuk individu berusia 20 hingga 30 tahun memilih kehidupan bujang. Namun, mereka tidak mahu rasa kesepian.

  1. SF8

9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos

Drama ini menceritakan tentang manusia yang mengimpikan kehidupan sempurna melalui kemajuan teknologi. SF8 terdiri daripada lapan episode, termasuklah SF8: The Prayer’, ‘SF8: Blink’, ‘SF8: Joan’s Galaxy’, ‘SF8: Manxin’, ‘SF8: White Crow’, ‘SF8: Love Virtually’, ‘SF8: Baby It’s Over Outside’ dan ‘SF8: Empty Body’.

Drama ini membawa pelbagai kisah daripada subjek berbeza seperti kecerdasan buatan (AI), realiti berperantara (AR), reality maya (VR), robot, permainan, fantasi, seram, kuasa luar biasa dan bencana alam.

  1. When I Was Prettiest

9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos

Mengisahkan tentang cinta segitiga antara Oh Ye Jin (Lim Soo Hyang) dan dua beradik Seo Hwan (Ji Soo) dan Seo Jin (Ha Seok-Jin). Seo Hwan jatuh cinta pada Oh Ye-Jin pada pandangan pertama, malangnya dia harus bersaing dengan abangnya bernama Seo Jin. Apakah kesudahan drama ini?

  1. Love Alarm 2

9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos

Iklan

Drama original daripada Netflix ini sudah pun muncul dengan musim kedua. Mungkin ramai yang tidak sabar untuk melihat pengakhiran cinta tiga segi antara Kim Jo Jo (Kim So Hyun), Lee Hye Young (Jung Ga Ram) dan Hwang Sun O (Song Kang), apakah yang akan terjadi kepada mereka?

  1. Do Do Sol Sol La La Sol

9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos

Mengisahkan tentang Goo Ra-Ra (Go Ara) seorang piano yang menjadi muflis dan kehilangan segala-galanyha. Ia menyebabkan dia berasa sangat kecewa dengan situasi yang menimpa dirinya.

Manakala, Sun Woo-Joon (Lee Jae-Wook) adalah seorang yang tidak peduli dengan pendapat orang lain terhadapnya. Dia seorang yang bersemangat dan tidak mempunyai impian atau matlamat tertentu dalam hidupnya dan beliau menjalankan kerja sambilan.

Satu hari, mereka berdua terjumpa di sebuah akademi piano LaLa Land di sebuah bandar. Apakah yang berlaku seterusnya?

  1. Missing: The Other Side

9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos

Drama bergenre misteri fantasi ini berlatarkan di sebuah kampung menempatkan roh-roh yang hilang ketika masih hidup.

Drama ini menampilkan tiga watak utama, iaitu Kim Wook (Ko Soo) seorang lelaki tampan tetapi seorang lelaki yang melakukan penipuan untuk meneruskan kehidupan.

Suatu hari, secara kebetulan dia tiba di Duon Village, yang mana tempat orang mati yang hilang berkumpul.

  1. Alice

9 lagi drama Korea terbaru bakal ditayangkan sepanjang Ogos

Park Jin-kyum (Joo Won) iaitu seorang detektif yang lahir tanpa kemampuan untuk mempunyai apa-apa emosi. Dalam usaha untuk menyelesaikan satu kes misteri, dia merupakan orang pertama yang mendapat tahu mengenai penggembara masa yang datang daripada masa depan menerusi alat bernama ‘Alice’.

Sambil bertarung dengan pelbagai insiden tidak dijangka disebabkan oleh kewujudan alat tersebut, dia bertemu semula dengan Yoon Tae-yi (Kim Hee-sun), seorang wanita yang sudah lama mati.

Nah, mesti korang dah tak sabar nak marathon semua drama-drama ni kan?

Kalau korang nak tengok, pandai-pandailah usha di online ya. Agak-agak korang siapa yang bakal trending nanti? Ops okey tak payah teka. Kita sama-sama tunggu. Haha

About Meen

Biodata Penulis