‘ABANG cuba cari depan sana…’ Demikian kata penduduk Kampung Tok Muda, Kapar, Klang yang terbabit dalam membantu mencari bangkai pesawat di sebuah kebun kelapa sawit.

Keprihatinan dan sikap ringan tulang penduduk sekitar tular di laman sosial Facebook apabila menghulurkan bantuan kepada pasukan penyelamat yang hadir susulan tragedi pesawat ringan terhempas di kawasan kampung berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Baca juga: Allahuakbar, jasad rider maut nahas pesawat terhempas Elmina ditemukan sempurna, keluarga terima berita sayu usai solat Maghrib

Baca juga: Kebetulan memilukan, nahas pesawat di Elmina bukan kali pertama, 46 tahun lalu 34 hilang nyawa

Baca juga: Terhempas sekelip mata, hangus terbakar, berikut 5 tragedi pesawat menyayat hati

Baca juga: Nahas Elmina: Seolah tahu akan pergi, pemandu Grab serah gambar kepada anak, WhatsApp bergurau dengan isteri

Berikut kenyataan rasmi dan informasi berkaitan kejadian itu:

1-Pesawat yang dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club dengan nombor pendaftaran 1-POOC itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

2-Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1.35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima.

3-Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta-merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

4 -Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut namun keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.

5-Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

6-Penduduk kampung berkata mendengar letupan beberapa kali sebelum pesawat itu terjunam.

Iklan

7-Selain itu, menurut pengguna TikTok @annaimkamal, terdapat serpihan komponen pesawat tersebut masih melayang di udara selepas terhempas.

Baca juga:Masya-ALLAH! Liang lahad juruterbang nahas Elmina berlapis seindah pelangi, Ustaz Jafri dedah petanda husnul khatimah

Baca juga: 8 fakta penting laporan awal nahas Elmina

Sehingga kini keadaan mangsa masih belum dikenal pasti. Warga maya rata-rata mendoakan agar kedua-dua penumpang ditemui dalam keadaan selamat.

– “Moga dipermudahkan urusan menyelamatkan mangsa, aamiin.”

– “Moga ada keajaiban, semua ditemui selamat.”

Iklan

– “Semoga dipermudahkan segala urusan dan operasi SAR.”

Sumber: CAAM, Sinar Harian 1, 2 (MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI & HISYAMUDDIN AYUB), Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!