Ada masalah terbuku di dalam hati hingga susah nak ungkapkan? Gunakan platform ini untuk berkongsi rasa

TIADA siapa dapat menafikan, wabak Covid-19 telah banyak mengubah suasana kehidupan manusia seluruh dunia. Pastinya, impaknya juga lebih terkesan dalam kalangan wanita.

Menerusi penyelidikan global terbaharu oleh Avon, 92 peratus wanita semakin tertekan gara-gara tidak dapat bersemuka bersama orang tersayang, berdepan dengan tekanan kewangan, keselamatan di tempat kerja dan sesi persekolahan anak-anak yang terpaksa dilakukan di rumah akibat lockdown.

“Di samping itu, separuh daripada mereka mengakui bahawa mereka berasa kurang terhubung sehingga membuatkan mereka rasa gelisah, terasing, kurang motivasi dan ragu-ragu,” kata penyelidikan itu baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Bagi atasi masalah itu, terdapat satu pendekatan terbaik yang boleh kita sama-sama laksanakan. Ya, pastinya berkongsi rasa dengan orang lain seperti rakan baik atau adik beradik yang kita rapat.

Prihatin dengan situasi itu, Avon mengajak orang ramai untuk berkongsi pengalaman pada skala yang lebih luas dan terbuka menerusi galeri My Story Matters.

Pengarah Urusan Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd, Tan Mei Yen, penyelidikan yang dijalankan itu telah mencadangkan bahawa kunci daya tahan wanita dan sumber kekuatan mereka adalah dengan mendengar kisah-kisah berkait dan berkongsi pengalaman bersama dengan yang lain pada setiap hari.

“Justeru, kami menyeru orang ramai untuk berkongsi 1 juta cerita di platform ini. Sehingga kini, lebih dari 300,000 cerita telah disumbangkan ke galeri ini.

Untuk meraikan setiap cerita di platform ini, Yayasan Avon akan menyumbang $1 kepada badan kebajikan yang menyokong wanita untuk membantu mewujudkan dunia yang lebih baik kepada wanita,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ujar Mei Yen, galeri My Story Matters antara lain meraikan cerita kekuatan, keazaman, kesungguhan, kemenangan yang luar biasa mahupun kejayaan yang dicapai setiap hari oleh sesiapa pun.

My Story Matters juga bertujuan untuk menyatukan orang ramai dalam masa yang sukar ini dan menyediakan ruang yang dijamin selamat kepada lelaki dan wanita untuk berkongsi cerita dan pengalaman mereka yang berbeza serta berhubung dengan orang lain di seluruh dunia,” katanya.

Daripada ratusan ribu story yang telah dikongsi, berikut antara cerita-cerita yang barangkali boleh dijadikan inspirasi dan iktibar kepada kita:

Ketika kami bersemangat untuk menjadi usahawan, kami juga sangat khuatir untuk memulakan perniagaan ini. Kebimbangan terhadap penerimaan dan potensi risiko sering bermain sehinggalah penularan wabak tercetus. Ia telah membuka mata kami terhadap peluang tanpa had yang tersedia melalui rangkaian (network), hubungan dan saluran media sosial. Hari ini, perniagaan kecil kami telah berkembang berkat daripada kepercayaan kami meneroka dan mendorong diri untuk melangkaui zon selesa kami.”
-Aninna Dundang & Aninni Dundang, Sarawak

 

Perjalanan saya di dalam dunia perniagaan telah menjadikan saya seorang wanita yang kuat dan lebih berdaya saing. Hari ini, saya bukan sahaja telah menjadi lebih yakin dengan diri sendiri, malah saya juga memberikan kembali apa yang telah saya pelajari serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan rakan-rakan yang berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri.”
-Evelyn Wong, Kuala Lumpur

 

My Story Matters telah dilancarkan ke seluruh dunia di kesemua tempat tumpuan pengguna Avon sejak dari Mac 2021 sebagai sebahagian dari kempen global Watch Me Now.

Pembaca boleh menonton kisah My Story Matters (https://www.youtube.com/watch?v=aRu5MgZrCys ) dan menyumbangkan kisah anda ke galeri digital global menerusi https://watchmenow.avon.com/stories/my.

Galeri ini sudah mempunyai banyak kisah dan pengalaman, bermula dari pelbagai kisah hal keibubapaan, karier sehingga cerita daripada pesakit yang survival daripada penyakit barah payudara dan keganasan rumah tangga.

Share
Lynn Mazlina

Biodata Penulis

Recent Posts

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

2 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

3 hours ago

Tuah Nala kucing terkaya dunia, bernilai RM431.4 juta selepas ‘merempat’, raih anugerah TikToker Of The Year

BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…

4 hours ago

Tasik diselimuti ratusan ribu ikan mati akibat gelombang panas dan kecuaian

  BERATUS ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan…

5 hours ago

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

19 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

20 hours ago