Aduhai! Apa nak jadi, meja letak barang ‘food bank’ pun kena kebas

Aduhai! Apa nak jadi, meja letak barang ‘food bank’ pun kena kebas
Aduhai! Apa nak jadi, meja letak barang ‘food bank’ pun kena kebas
A
A
A

SELAIN daripada kempen bendera putih banyak pihak khususnya surau, masjid dan badan bukan kerajaan mengambil inisiatif melaksanakan tanggungjawab sosial 'food bank' menyediakan bekalan makanan buat golongan terjejas.

Namun begitu, disebalik bantuan yang disediakan terdapat sesetengah individu cuba mengambil kesempatan.

Sebelum ini heboh di media sosial golongan tanpa segan silu mengambil semua barangan yang disusun di rak food bank sehingga mengundang kecaman ramai.

Tapi, kali lebih mengejutkan meja yang digunakan untuk meletakkan barang sumbangan turut lesap dilarikan mereka tidak bertanggungjawab.

Menerusi satu gambar yang tular di laman sosial Facebook, kelihatan beberapa barangan bantuan seperti tepung dan bihun berada di atas lantai selepas meja digunakan hilang dipercayai dikebas.

Elaun RM100 beli barang asas, selama 3 bulan. Semak kelayakan segera

Pada masa sama, kelihatan penganjur food bank meninggalkan satu nota berbunyi 'Tolong kembalikan meja saya'.

Menjengah ke laman media sosial, orang ramai mengecam tindakan individu yang bertindak sedemikian.

"Aduhai... pulanglah semula meja orang tu..."

"Orang suruh ambil barang sahaja yang awak rembat sampai meja pun hilang apa ke hal? Meja pun satu keperluan ke sekarang?"

Baca juga Sedang kuarantin di rumah kerana positif atau jadi kontak rapat? Ini tip pemakanan khusus yang dicadangkan

"Macam ini pun ada ya? Dah disediakan barang keperluan tapi meja diambilnya."

"Mungkin orang sudah serik untuk memberikan bantuan food bank ini kerana ramai yang ambil kesempatan bukannya betul-betul terdesak."

Bagaimanapun, SinarPlus tidak mempunyai maklumat lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Ada-ada sahaja ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca