'Akui kekhilafan diri, Aliff hanya kawan biasa.' Ruhainies dedah situasi sebenar isu tangkap basah

A
A
A

PELAKON Ruhainies baru-baru ini mencetuskan kontroversi disebabkan isu 'tangkap basah' yang mengaitkan dirinya bersama artis kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Berita tersebut mencetusksn kemarahan ramai. Malah Bella Astilah yang merupakan isteri Aliff telah mengemukakan permohonan penceraian.

Biarpun diasak oleh pelbagai pihsk, namun Ruhainies tetap mengatakan dirinya dan Aliff tidak berkhalwat seperti mana yang diperkatakan

Terbaharu, pelakon berusia 32 tahun itu tampil mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan spekulasi berterusan.

Dalam kenyataan tersebut, empunya diri mengakui kekhilafan dirinya kerana sedar situasi dirinya ketika itu mengundang syak wasangka.

Kenyataan tersebut dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya sebanyak lapan keping.

Justeru, Ruhainies atau nama penuh, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun pelakon berkenaan menutup runagan komen untuk status tersebut.

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca