Alhamdulillah rezeki, RM100 kredit program eMadani boleh ditebus mulai 4 Disember, berikut syarat & kelayakan

RM30,000 dimakan anai-anai, hajat nenek tunai haji tak kesampaian. Ini cara tukar duit rosak di bank (2)
RM30,000 dimakan anai-anai, hajat nenek tunai haji tak kesampaian. Ini cara tukar duit rosak di bank (2)
A
A
A

SYUKUR Alhamdulillah, inisiatif kredit e-tunai atau e-wallet bernilai RM100 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Julai lalu bakal diterima 10 juta rakyat Malaysia yang layak.

E-dompet di bawah program eMadani disalurkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas boleh ditebus mulai 4 Disember ini.

Kredit foto: Sinarplus Generate by Midjourney

Berikut lima info berkaitan program ini:

1-Anda boleh membuat penebusan bermula Isnin ini (4 Disember). Tempoh berkenaan akan berterusan sehingga 20 Februari 2024.

2-Empat penyedia e-dompet akan terlibat dalam program itu iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.

3-Selain RM100 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet berkaitan akan memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran sepanjang tempoh program berkenaan.

4-Syarat-syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia

-Berumur 21 tahun ke atas pada 1 Jan, 2023, dan

-Merupakan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023; atau

-Mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

5-Kementerian Kewangan berkata penggunaan kredit eMADANI dan manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Feb 2024.

Baca juga: Bertuah! Ibu di Selangor layak dapat insentif RM1,000, ringankan beban bayar taska atau daycare, berikut cara mohon

Baca juga: Alhamdulillah, e-wallet RM100 bakal diterima Disember ini, 5 info perlu tahu

"Kredit eMADANI juga boleh dimanfaatkan oleh peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kemudahan kod QR DuitNow menggunakan salah satu e-dompet terbabit dan tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan," kata kementerian itu dalam kenyataan.

Program eMADANI telah diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai, 2023.

Moga RM100 ini dapat meringankan beban keperluan kos sara hidup, gunakan dengan berhemah.

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca