Bertuah! Ibu di Selangor layak dapat insentif RM1,000, ringankan beban bayar taska atau daycare, berikut cara mohon

A
A
A

PERBELANJAAN untuk membayar pusat asuhan kanak-kanak tidak kecil. Ada wanita terpaksa melepaskan kerjaya demi membesarkan cahaya mata kerana tidak mampu menampung kos taska, pusat penjagaan bayi atau daycare yang tinggi. Berita baik kepada golongan ibu di Selangor, anda yang layak boleh memohon mendapatkan insentif MamaKerja RM1,000.

Tidak dinafikan wanita adalah golongan yang sering berhadapan dilema untuk kembali bekerja selepas bersalin.

Perasaan serba salah timbul kerana adakalanya yuran penjagaan anak tidak setara dengan gaji. Justeru jangan putus asa mama, apa kata pohon insentif Mama Kerja mulai 1 November 2023.

Ia diwujudkan untuk menghargai dan menyokong wanita bekerja melalui pemberian bantuan bagi meringankan beban kos penjagaan anak-anak.

Kredit foto: Ilustrasi SinarPlus by Midjourney

Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1,000 sekali gus.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah kriteria individu yang layak menerima insentif ini:

1-Wanita bekerja yang mempunyai majikan dan rakyat Selangor.

2-Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.

3-Pengundi di Selangor.

4-Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah.

5-Mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

6-Mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang anak yang berumur 12 tahun dan ke bawah

7-Bukan penerima Skim Bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) atau Skim Bantuan Tadika (TUNAS).

insentif Mama Kerja ini akan diberikan kepada 5,000 orang pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

CARA MEMOHON

Kredit foto: Ilustrasi SinarPlus by Midjourney

8-Individu yang berminat boleh membuat permohonan melalui aplikasi Selangkah.

9-Antara dokumen penting yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan ialah:

• Kad Pengenalan pemohon

• Kad Pengenalan pasangan

• MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil anak angkat

• Salinan penyata gaji pemohon yang terkini

• Salinan penyata gaji pasangan yang terkini

• Penyata KWSP pemohon yang terkini atau penyata EA

10-Anda yang merupakan penjaga sah (legal guardian) kepada anak angkat juga layak memohon. Salinan Sijil Pengangkatan perlu dikemukakan sebagai bukti.

11-Suami/isteri yang bekerja sendiri boleh mengemukakan surat pengesahan pendapatan yang disahkan melalui Ahli Parlimen / Ahli Dewan Negeri I Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas / Pesuruhjaya Sumpah.

12-Jika tidak dapat menggunakan aplikasi Selangkah, permohonan juga boleh dibuat melalul laman sesawang MAMA KERJA (https://mamakerja.selangkah.my/)

Kredit foto: Ilustrasi SinarPlus by Midjourney

13-Anda boleh menyemak status permohonan menerusi aplikasi Selangkah di bahagian butang Mama Kerja.

14-Status permohonan berjaya akan dimaklumkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.

15- Bagi pemohon yang berjaya, insentif Mama Kerja akan disalurkan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh status permohonan berjaya dikemas kini dalam sistem.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian hotline Selcare di 1800-22-6600.

Sumber: " target="_blank" rel="noopener">X Amiruddin Saari

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca