Amalan sosej untuk sarapan tidak bagus untuk kanak-kanak, ibu-ibu perlu tahu
SELARAS dengan gaya hidup zaman sekarang yang masing-masing terlampau sibuk dengan kerja, makanan yang diproses adalah pilihan ramai kerana ianya mudah disediakan.
Makanan yang diproses ialah makanan yang telah di bungkus menggunakan pembungkusan seperti tin, plastik, kaca dan sebagainya dan mempunyai bahan-bahan tertentu untuk menjadikannya tahan lebih lama tersimpan selagi belum tarikh luput dan dibuka.
Kaedah yang digunakan seperti menyejuk beku, dehidrasi dan proses aseptik. Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi untuk tujuaan keselamatan dan penggunaan yang mudah.
Menurut Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad, makanan diproses seperti sosej sangat bahaya untuk anak-anak.
"Dalam banyak ceramah saya mengenai kesihatan, selalu saya ingatkan pada ibu bapa terhadap makanan yang diberikan kepada anak-anak."Saya faham keadaan ibu bapa yang sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan anak ke sekolah.
"Ada di antara kita sebagai ibubapa yang menyediakan sosej sebagai sarapan pagi atau bekalan makanan ke sekolah kerana ia mudah disediakan," katanya.
Makanan seperti itu senang kerana boleh digoreng, direbus, dipanaskan dengan mikrowave dan ketuhar.
Katanya lagi, secara purata anak-anak memakan antara 3-5 batang sosej yang disediakan oleh ibu bapa mereka.
"Sering memberikan sosej pada anak-anak bersarapan bukanlah suatu amalan yang bagus."Dalam banyak kajian dibuat, sosej tidak memberikan sebarang nutrisi, kecuali daging dan tepung sahaja.
"Malah ia memberikan kesan buruk kepada kesihatan jika diambil secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak," ujarnya.
Artikel berkaitan: 10 barang dapur yang tak bagus kita simpan dalam peti sejuk
Menurutnya, sebaiknya amalan memberikan sosej pada anak-anak sama ada untuk sarapan atau bila-bila masa harus dihentikan kerana ia
mengandungi lemak trans (transfat), tinggi kandungan garam, tinggi bahan perasa, bahan pengawet, dan bahan tinggi.
"Dengan itu ia memberikan kesan negatif seperti meningkatkan tahap "kolestrol jahat", meningkatkan risiko obesiti dan meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetis, hipertensi, serangan sakit jantung dan kanser usus besar (colonorectal cancer)."Dalam banyak kajian menunjukkan bahan nitrate yang terdapat pada bahan pengawet yang dicampurkan ke dalam sosej ini boleh menyebabkan kanser usus.
"Nitrites akan ditukarkan oleh bakteria di dalam usus kepada N-nitoso apabila melalui proses penghadaman. N-nitroso merupakan bahan kompaun yang penyebab kanser (carcinogenic)," katanya.
Selain itu, Dr Zubaidi turut berkata, kajian yang dilakukan oleh WHO’s International Agency for Research on Cancer pula mengatakan setiap 50g daging proses yang dimakan, ia meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 18%.
"Jadi saya mencadangkan agar anak-anak kita makan makanan yang lebih bernutrisi ketika bersarapan seperti telur, bersama mi atau nasi yang banyak sayur-sayuran. Berikan mereka buah-buahan yang segar."Makanan sebegini lebih bernutrisi untuk mereka. Jangan lupa sesudu minya zaitun untuk mereka," katanya.
Semoga bermanfaat.
#oliviedrzubaidi
#HealthDrZubaidi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang