Anak Emma Maembong gigit tangan Chacha menjerit, rupanya fasa normal kanak-kanak 1 hingga 3 tahun
MENGGIGIT adalah perbuatan yang biasa dilakukan kanak-kanak. Ia lazimnya dilakukan kanak-kanak usia satu hingga tiga tahun.
Baru-baru ini satu insiden yang mana anak kepada pelakon Emma Maembong, Shariq Gabriel, 1, menggigit tangan ibu saudaranya, Chacha mendapat perhatian warga maya.
Video aksi comel Shariq itu yang mencuri tumpuan itu berlaku semasa Emma sedang duduk di sofa manakala Shariq berada di sisinya.
Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah, 26, yang duduk bersimpuh berdepan dengan kakaknya bersalaman. Namun secara tiba-tiba dia digigit Shariq.
Insiden itu hanya disedari oleh Emma beberapa saat selepas melihat adiknya itu menjerit.
Emma cuba melegakan gigitan Shariq dan mengalihkan tangan Chacha. Namun apa yang meluucukan gelagat Shariq yang terus terganga seolah-olah mahu memberikan gigitan kali kedua.
@jimbo_555 Kenal tak siapa ni?. #fypシ#raya2022♬ Raya Raya Raya - DOLLA
Sebenarnya menggigit adalah fasa perkembangan yang normal dan kebanyakkannya akan berhenti dengan sendiri selepas mencapai usia tersebut.
Menurut Pakar Psikatri dan Pensyarah Perubatan, Dr Rozanizam Zakaria, walaupun menggigit pada peringkat umur itu merupakan tabiat yang normal, ia masih perlu dikawal bagi mengelakkan kecederaan dan kesan jangka masa panjang.
MENGAPA KANAK-KANAK MENGGIGIT?
Perkara pertama ibu bapa perlu fahami sebelum bertindak ialah mengetahui punca dan di sebalik tingkah laku tersebut. Antara sebab yang biasa ialah:
1. Kanak-kanak dalam kesakitan. Sakit tumbuh gigi adalah punca yang paling biasa.
2. Mereka sedang ‘meneroka dunia’. Sebagaimana mereka menyentuh semua benda dengan tangan, begitu juga mulut dan gigi menjadi alat meneroka sekeliling mereka.
3. Mereka ingin tahu – sebahagian dari fasa perkembangan minda dan akal mereka didorong oleh sifat ingin tahu.
4. Inginkan perhatian terutama yang kanak-kanak yang besar sedikit.
5. Melepaskan perasaan atau ‘frustration’ adalah perasaan yang biasa namun susah diproses oleh kanak-kanak. Menggigit sepertimana tingkahlaku agresif yang lain adakalanya adalah cara mereka melepaskan perasaan tersebut.
6. Cara berkomunikasi untuk menyampaikan perasaan kurang senang.
7. Gelisah dengan situasi yang terlalu banyak rangsangan seperti bising, terlalu cerah atau terlalu ramai orang terutama kanak-kanak yang mempunyai autisme.
8. Mereka memerlukan ransangan mulut. Jika tiada objek pada mulut, si kecil menjadi geram.
KAEDAH MENGAWAL
Bergantung kepada sebab kanak-kanak itu menggigit. Amalkan langkah-langkah awal bagi mengelakkan anak anda dari memulakan tingkah laku tersebut.
1. Jika anak dalam fasa tumbuh gigi, sediakan alat dan ubat yang mengurangkan ketidakselesaan proses tersebut.
2. Kenal pasti situasi yang anak mudah bertindak sedemikian seperti lapar, panas, terlalu sesa atau kenalan baru. Sediakan anak-anak terlebih dahulu dalam situasi sebegini.
3. Jika anak mudah beremosi, ajar anak meluahkan dengan kata-kata – “Abang tak suka”, ”Kakak marah!”, “Jangan usik barang saya!” dan sebagainya. Bila mereka boleh meluahkan dengan kata-kata, lebih mudah kita menguruskan emosinya daripada dia meluahkan dengan perbuatan. Kemudian ajar anak untuk mengatasi masalah tersebut dengan komunikasi
4. Beri perhatian pada anak-anak secara berkualiti, tanpa gangguan media sosial dan sebagainya. Perhatian yang lebih daripada biasa adakalanya diperlukan terutama bila kanak-kanak melalui fasa baru seperti berpindah kawasan, dapat adik baru, mak baru dan sebagainya.
5. Alihkan perhatian anak dengan mainan, buku dan alam semula jadi.
6. Sediakan biskut, teething toys dan sebagainya sebagai ransangan mulut.
APA PERLU DILAKUKAN PADA MASA KEJADIAN ANAK MENGGIGIT
1. Kawal perasaan anda sebagai ibu atau bapa. Marah, malu dan geram tidak boleh bercampur, malah ia memburukkan lagi keadaan.
2. Ambil anak, lihat matanya dan cakap dengan nada tegas ‘jangan gigit, gigit sakit’ (cuba guna mesej yang sama eg “no biting, biting hurts”).
Komen pada apa yang berlaku – ‘Tengok adik ni, sekarang dia menangis sebab sakit awak gigit’.
3. Kemudian alihkan perhatian kanak-kanak yang digigit. Kaedah ‘negative reinforcement’ membolehkan kanak-kanak yang menggigit mengaitkan akibat seperti apabila digigit perbuatan itu perlu diabaikan, digigit dapat simpati (learning theory).
4. Ajar anak komunikasi alternatif.
5. Beri kanak-kanak sedikit masa, kemudian teruskan aktiviti seperti biasa. Sekiranya tingkahlaku ini berlaku untuk tempoh yang lama, jangan menjangkakan ia akan berubah dalam sehari dua. Berikan perhatian, fokus, konsisten dan beri masa.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang