Balu Abam Bocey, Hidayah beri bayangan hati sudah dimiliki, rancang kahwini kekasih tahun depan. 'Doakan yang terbaik...'

No Image Caption
A
A
A

SETELAH melalui fasa kehidupan sebagai seorang ibu tunggal, Siti Norhidayah Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Hidayah kini kembali membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bernama Amsyar Salim.

Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui mereka masih dalam fasa mengenali hati budi dan belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

No Image Caption

"Saya dan si dia dalam fasa perkenalan lagi ketika ini. Insya-Allah, mungkin tahun depan atau pada 2027 kami akan berkahwin," katanya.

Fokus anak tunggal

Walaupun hati sudah mula terbuka untuk menerima cinta baharu, Hidayah tetap mengekalkan fokus utamanya kepada anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia empat tahun.

No Image Caption

Selain itu, beliau juga mahu memberi tumpuan penuh kepada perniagaan produk kecantikannya yang semakin berkembang.

Hidayah, yang berusia 33 tahun, bukan sahaja dikenali sebagai seorang isteri dan ibu yang tabah, tetapi juga seorang usahawan yang gigih dalam membangunkan perniagaannya.

No Image Caption

Sejak pemergian Abam pada 10 Februari 2020, beliau telah berusaha keras untuk membina kehidupan yang lebih baik buat dirinya dan anaknya. Dengan semangat dan kesungguhan, beliau berjaya membina jenama produk kecantikan yang mendapat sokongan ramai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang