SABAN hari ada sahaja kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk sehingga ada juga kejadian yang dilaporkan melibatkan petugas barisan hadapan yang sedang membuat sekatan jalan raya yang turut menjadi mangsa korban.

Walaupun operasi kerap dilakukan pihak polis, namun masih ramai pemandu mabuk diberkas kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Di mana silap agaknya?

Berikut adalah senarai beberapa kes yang melibatkan kemalangan maut disebabkan oleh kecuaian pemandu yang memandu dalam pengaruh alkohol sepanjang tahun ini.

25 Januari 2020

Penunggang motosikal berusia 40 tahun cedera parang dilanggar kereta dipandu lelaki berusia 24 tahun dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

Kejadian berlaku di Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang.

9 Februari 2020

Pekerja kilang berusia 39 tahun maut sementara isteri cedera parah selepas dirempuh pemandu lelaki, 34, dipercayai mabuk. Kejadian berlaku di KM140.2 Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar Perai, Pulau Pinang.

11 Februari 2020

Dua sahabat berumur 21 dan 19 tahun maut ketika motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah kereta di KM13, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterwort (BORR), Pulau Pinang.

Pemandu kereta yang merempuh mangsa merupakan seorang wanita berumur 47 tahun dan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

16 Februari 2020

Pemandu kereta berumur 34 tahun maut ditempat kejadian sementara tiga penunggang, seorang pembonceng motosikal cedera.

Mereka dirempuh pemandu mabuk yang melawan arus di KM 17. Lebuhraya LEKAS, Negeri Sembilan.

18 Februari 2020

Empat sekeluarga termasuk dua anak berusia 10 dan 1 tahun cedera dirempuh di tepi jalan. Mereka dirempuh oleh pemandu berusia 39 tahun yang dipercayai mabuk di Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.

3 Mei 2020

Antara 10 kes tular kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk sepanjang tahun 2020

Seorang anggota polis maut selepas sebuah pacuan empat roda disyaki dipandu pemandu mabuk, merempuh sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS.

Dalam kejadian jam 2.11 pagi itu, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Susulan rempuhan yang berlaku itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit dipercayai turut terbalik dan menghempap mangsa.

Iklan

1 Jun 2020

Antara 10 kes tular kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk sepanjang tahun 2020Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara Kuala Lumpur.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamed Zaili Mohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

22 September 2020

Seorang pelajar tingkatan lima maut selepas dipercayai dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Iklan

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi, mangsa, Hakimi Romli, 17 maut di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala.

10 Oktober 2020

Antara 10 kes tular kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk sepanjang tahun 2020Pemandu Perodua Myvi yang terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru, Kota Tinggi, Johor, hingga menyebabkan lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia.

Pemandu tersebut yang merupakan seorang wanita berusia 23 tahun dilaporkan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik.

27 November 2020

Seorang operator kilang maut selepas motosikalnya dilanggar kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk di Kilometer 4 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Mangsa berusia 37 tahun itu, dilanggar dari arah belakang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.