MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyifatkan Anugerah Bisnes Sinar Harian (BISA) 2023 adalah satu penganjuran yang cukup berprestij.

Salahuddin yang hadir merasmikan majlis tersebut juga tidak menyangka kemajuan Sinar Harian yang bermula daripada industri surat khabar mampu muncul dengan sesuatu yang baharu selepas 17 tahun.

“Ini membuktikan sikap yang sentiasa inginkan kemajuan untuk berubah ke hadapan. Saya yakin dengan iltizam sedemikian, kita mampu membina kekuatan yang dibina pada hari ini untuk kemajuan pada hari esok.

BISA SINAR HARIAN

“Buat para pemenang, sudah pasti kejayaan pada malam ini menjadi pemangkin kepada rakan yang lain untuk lebih cemerlang dalam membina perniagaan masing-masing,” katanya.

Baca juga Sinar Harian hargai sumbangan usahawan PKS menerusi Anugerah BISA, bakal suntik inspirasi kepada peniaga baharu

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Anugerah BISA 2023 di DoubleTree by Hilton Shah Alam, Selangor malam tadi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.

BISA SINAR HARIAN

Iklan

Tambah Salahuddin, anugera tersebut merupakan detik yang tidak menghampakan kerana dapat bersama menyantuni pemain industri pelbagai bidang yang juga usahawan berjaya di peringkat lokal dan antarabangsa.

“Ini secara tidak langsung untuk menjayakan Program Payung Rahmah yang akan menjadi lembayung rahmah kepada semua khususnya pemain kecil dalam industri.

BISA SINAR HARIAN

Iklan

“Saya percaya, walaupun kita bermula daripada kecil tetapi percayalah, insya-ALLAH kita akan menjadi label besar yang mampu menerjah ke dunia antarabangsa. Sinar Harian akan menjadi mercu tanda dalam perniagaan satu hari nanti,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi