SEBELUM ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) peka dengan kesukaran orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan agensi-agensi di bawahnya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, MOT telah memutuskan untuk memberi pelanjutan terhadap tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember 2021.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selaras dengan keputusan tersebut, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang telah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh pihak JPJ serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Disember 2021.

Pun begitu, pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans yang sah.

Sijil Perlindungan Insurans (e-cover note) yang sah itu perlu dipaparkan dan ditunjukkan bagi tujuan pemeriksaan.

Namun, oleh kerana masih ramai individu yang gagal memiliki perlindungan insuran kenderaan digunakan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula hari ini.

Ayuh langsaikan saman sementara JPJ tawarkan diskaun 70 peratus!

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata tindakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui sekatan jalan raya akan dibuat di beberapa lokasi terpilih.

Tegasnya, pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika ditahan di sekatan jalan raya.

Iklan

Katanya, jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak lebih RM1,000 dan lesen boleh digantung selama 12 bulan.

Baca juga 3 fakta mengenai isu guru berleter, ini kenyataan KPM

Jelas Zailani, sepanjang Ops Sedar dilaksanakan di lapangan, JPJ turut sediakan kemudahan Mobile JPJ bagi memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu secara terus.

Ujarnya lanjut, JPJ tidak ada menerima arahan kelonggaran penangguhan bayaran pembaharuan kedua-dua dokumen itu yang berakhir jam 12 tengah malam pada 31 Disember ini.

Iklan

Jadi, segeralah perbaharui insurans kenderaan masing-masing jika sudah tamat tempoh.

Semoga bermanfaat!