BAHAYA musim tidak menentu ini. Seperti satu kejadian di Segamat, Johor meragut nyawa seorang wanita akibat ditimpa bumbung sekolah yang diterbangkan angin semalam.

Wanita tersebut ketika itu berada di kediamannya di Tahang Rimau, yang tidak jauh dari sekolah berkenaan.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim Rahmat berkata, berikut info mengenainya;

1. Pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 7.41 malam.

2. Sebuah jentera FRT bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seg Hwa.

3. Bumbung sekolah berkeluasan 501 meter persegi runtuh dan diterbangkan angin menghempap sebuah rumah yang terletak kira-kira 30 meter dari sekolah.

Baca juga Rumah flat tercabut dinding, hati-hati semasa ribut petir. 20 tip keselamatan perlu buat elak hilang nyawa

Kredit foto: Sinar Harian

 

4. Terdapat seorang wanita dikenali sebagai V Mahedevi, 55, telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba.

5. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

6. Mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 8.21 malam.

7. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah mengesahkan kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

TIP BERHADAPAN HUJAN LEBAT, RIBUT PETIR DAN ANGIN KENCANG

  1. Elakkan berada di tempat lapang.

2. Jangan berlindung atau parkir di bawah pokok.

Iklan

3. Elakkan menyentuh objek besi, barang atau kabel elektrik ketika ribut petir.

4. Jauhi struktur tidak kukuh.

Baca juga Jangan guna telefon bimbit ketika ribut petir, bahaya! Ini yang perlu wanita tahu

5. Waspada kehadiran kepala air di kawasan air terjun.

6. Jauhi kawasan yang dinaiki air.

Iklan

7. Elakkan melakukan aktiviti luar.

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!