SEPERTI mana yang kita semua telah dididik dan diajar sejak kecil, sudah menjadi kebiasaan orang berpesan untuk banyak minum air kosong.

Ramai pakar juga yang mencadangkan agar meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari untuk kekal hidrasi.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Jika tidak cukup pengambilan air dalam badan, tubuh akan berasa rasa lemah, cepat penat, mengantuk dan mungkin mengalami sakit kepala.

Kuantiti air yang perlu diambil setiap orang sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, jantina, persekitaran dan lain-lain.

Namun korang juga perlu tahu, meminum terlalu banyak air boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh kita.

Pengambilan terlalu banyak air kosong bukanlah cara yang betul bagi menurunkan berat badan.

Air kosong akan membantu proses mencernakan makanan yang kita makan dan memastikan organ berfungsi dengan baik.

air

Walaupun sering dicadangkan pengambilan air kosong setiap hari, ini tidak bermakna kita boleh minum air secara berlebihan.

Iklan

Menurut Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad, pengambilan air berlebihan melebihi tiga liter sehari mungkin memberi beban kepada ginjal.

Cerita beliau, pernah ada satu kes di mana seorang gadis minum lima liter air sehari, untuk menjadi kurus, mengalami sawan.

“Ini kerana ia boleh menyebabkan sel badan termasuk otak membengkak, dan mengalami sawan.

“Pengambilan air yang berlebihan juga menyebabkan kita akan kencing kerap dan mengeluarkan garam sodium yang banyak sehingga menyebabkan kekurangan mineral ini dalam tubuh.

Baca juga Henti bungkus makanan guna paku, dawai kokot, peniaga ingkar boleh didenda RM10,000, penjara 2 tahun-KKM

“Keadaan ini dipanggil Hyponatraemia. Ini menyebabkan kekejangan pada otot. Oleh itu minum air pada kadar sepatutnya,” ujarnya.

Kata Dr Zubaidi, jika kencing kita menjadi jernih, berkemungkinan kita telah minum air yang terlalu banyak. Air kencing yang normal berwarna sedikit kekuningan.

Iklan

Jadi bersederhanalah. Minum air terlalu banyak pun bahaya, tidak cukup minum air pun bahaya.

Semoga bermanfaat.