Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 mulai 7 November ini, pemohon rayuan pun dapat. 8 info penting berkaitan

Alhamdulillah, kadar maksimum Sumbangan Tunai Rakyat (STR) naik RM3,700, bayaran pertama sebelum puasa, 7 info perlu tahu1
Alhamdulillah, kadar maksimum Sumbangan Tunai Rakyat (STR) naik RM3,700, bayaran pertama sebelum puasa, 7 info perlu tahu1
A
A
A

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 mulai 7 November ini, pemohon rayuan pun dapat. 8 info penting berkaitan

ALHAMDULILLAH! Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, iaitu pembayaran akhir bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 November ini dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan memaklumkan;

1. Seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

2. Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023.

3. Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

4. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima yang memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia bagi membantu menangani cabaran kos sara hidup.

Baca juga Alhamdulillah, kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) naik RM3,700, bayaran pertama Februari, 10 info perlu tahu

bantuan

5. Sementara itu, Kementerian Kewangan memaklumkan sebagai penambahbaikan kepada STR 2024, kerajaan akan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.

6. Mulai hari ini, individu yang layak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat mereka untuk STR 2024 sepanjang tahun berbanding proses permohonan STR 2023 yang hanya dibuat setahun sekali.

7. Ini bagi memastikan mereka yang layak namun tiada dalam pangkalan data kerajaan boleh tampil mengemukakan permohonan masing-masing selain membenarkan penerima sedia ada membuat pengemaskinian sekiranya mempunyai perubahan maklumat," katanya.

Baca juga Cara mohon, kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 15 info penting wanita perlu tahu

8. Selain itu, bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, data penerima STR sedia ada akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan dan data berkenaan akan disemak silang dengan data daripada beberapa agensi kerajaan bagi memastikan kelayakan STR 2024 mengikut syarat ditetapkan.

Justeru, pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut manakala semakan status pembayaran dan kelulusan rayuan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama.

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca