Bebas ziarah, rumah terbuka, ini 9 SOP hari raya wajib hadam

Bebas ziarah, rumah terbuka, ini 9 SOP hari raya wajib hadam
Bebas ziarah, rumah terbuka, ini 9 SOP hari raya wajib hadam
A
A
A

KURANG seminggu sahaja lagi umat Islam seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Aidilfitri kali ini adalah satu rahmat untuk kita raikan bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai selepas dua tahun kita memerangi pandemik Covid-19.

Namun dalam Fasa Peralihan ke Endemik ini, menjadi tanggungjawab kita untuk pastikan perayaan ini tidak berakhir dengan kemudaratan.

Kebebasan ini bukanlah bermakna kita telah menang dalam peperangan melawan Covid-19 dan kita kena pastikan perayaan ini tidak berakhir dengan kemudaratan.

Walaupun tidak bergejala, kita berkemungkinan menjadi pembawa virus Covid-19.

Amalkan dan lakukan ujian kendiri sebelum anda pulang ke kampung untuk pastikan ahli keluarga yang berisiko tinggi dilindungi daripada mendapat gejala teruk Covid-19.

Sebagai persediaan bagi menyambut ketibaan Syawal minggu hadapan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggariskan protokol berkaitan sambutan Hari Raya bagi memastikan Keluarga Malaysia menyambutnya dalam keadaan yang meriah dan selamat.

Protokol ini adalah sebagai panduan umum. Namun, ia tertakluk kepada ketetapan dan standard operating procedure (SOP) oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Aktiviti bersalaman dibenarkan, TETAPI sentiasa mencuci atau membersihkan tangan dan jangan sentuh muka selepas bersalaman.

Baca juga Ke arah endemik, KJ umum kemasukan premis dibenar tanpa mengira status vaksinasi

1. TAKBIR HARI RAYA

• Dibenarkan dibuat di masjid dan surau.

• Dibenarkan dibuat rumah ke rumah TETAPI perlu sentiasa memakai pelitup muka.

• Individu positif Covid-19 dilarang untuk menyertai.

• Digalakkan hanya individu tanpa gejala dan lengkap vaksinasi untuk menyertai.

2. SOLAT SUNAT HARI RAYA

• Dibenarkan di masjid atau surau dengan kapasiti 100%.

• Semua Jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka semasa berada dalam masjid atau surau termasuk semasa sedang solat.

• Individu positif Covid-19 dilarang untuk menyertai.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

3. KAWALAN PENULARAN DAN JANGKITAN

• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir ke masjid atau surau atau rumah terbuka atau majlis hari raya.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

Amalan pahala haji jemaah

4. ETIKA JEMAAH

• Elakkan 3S

• Amalkan 3W

• Galakkan wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri.

• Masuk ikut giliran untuk mengelakkan kesesakan.

• Bersurai dengan tenang.

5. JAMUAN SELEPAS SOLAT DI MASJID ATAU SURAU

• Dibenarkan

• Digalakkan memakai pelitup muka ketika tidak menjamu selera.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

6. PROGRAM ZIARAH

• Dibenarkan

• Digalakkan memakai pelitup muka ketika ziarah.

• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir atau menyertai program ziarah.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

Kredit foto: Stockvault

7. ZIARAH TANAH PERKUBURAN

• Dibenarkan

• Digalakkan memakai pelitup muka.

• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan melakukan ziarah tanah perkuburan.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

8. RUMAH TERBUKA ATAU MAJLIS HARI RAYA (INDOOR)

• Dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka.

• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir dalam majlis.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

Baca juga Imbasan kod QR MySejahtera tidak wajib bermula 1 Mei, 7 fakta mengenainya

9. RUMAH TERBUKA ATAU MAJLIS HARI RAYA (OUTDOOR)

• Dibenarkan

• Digalakkan memakai pelitup muka.

• Kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir dalam majlis.

• Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

Jadi, sama-samalah #kitajagakita walau di mana sahaja berada. Beraya, ziarah-menziarahi, ingat juga diri sendiri ya!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca