MEMBERUS gigi dengan berkesan adalah langkah utama untuk menjaga kesihatan gigi.

Kesihatan pergigian adalah penting untuk memastikan kehidupan yang berkualiti.

Namun tahukah anda berapa banyak kuantiti ubat gigi yang perlu untuk orang dewasa dan kanak-kanak?

Menurut seorang doktor gigi, Dr Muhammad Najib Jamail @njbjml, penggunaan ubat gigi untuk orang dewasa adalah hanya sebesar kacang pea sahaja.

Sementara itu, Persatuan Pergigian Amerika (ADA) menyarankan penggunaan secalit ubat gigi berfluorida sebaik sahaja gigi anak mula tumbuh (bayi) berkuantiti sebesar sebiji beras.

Namun apabila umur anak meningkat bermula 3 tahun hingga 6 tahun, saiz boleh ditingkatkan kepada sebesar kacang pea.

Iklan

Jadi, rajinkanlah diri untuk memberus gigi. Paling tidak , gigi diberus sekurang-kurangnya 2 kali sehari, waktu pagi sekali dan waktu malam sebelum tidur sekali lagi.

Jangka masa memberus gigi yang baik adalah sekurang-kurangnya 2-4 minit setiap sesi untuk memastikan semua permukaan gigi dibersihkan dengan berkesan.

Iklan

Sumber: myhealth