BERITA baik kepada golongan pekerja, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang daripada lima orang akan dikuatkuasakan mulai esok.

Bagi yang bekerja di syarikat besar yang menggajikan lima pekerja atau lebih, implementasi Perintah Gaji Minimum (PGM) ini sudah lama dilaksanakan iaitu sejak 1 Mei 2022.

Bagi anda yang bekerja di syarikat yang mempunyai jumlah pekerja yang kecil, rezeki anda kini telah tiba.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Baca juga: Sah cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu mulai Januari 2023, 20 info perlu tahu

Berikut 10 info berkaitan anda perlu ambil tahu:

1-PGM ini telah diluluskan kerajaan pada 19 Mac 2022 dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara pada 27 April 2022.

2-Bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, kerajaan membenarkan penangguhan pelaksanaan gaji minimum selepas mengambil kira cabaran ekonomi serta kewangan menjelang tahun 2023.

3-Majikan yang terlibat dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana diberi kelonggaran untuk menangguhkan pelaksanaannya.

4-Ia yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2023 ditangguhkan kepada 1 Julai 2023.

5-PGM 2022 telah berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022 dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan melibatkan semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Baca juga: Untunglah, pekerja syarikat ‘oil and gas’ Korea Selatan terima bonus 120 bulan gaji

6-Majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih dan tanpa mengira jumlah pekerja dan majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Clasiffication of Occupation, MASCO) masih perlu meneruskan pembayaran gaji minimum sebanyak RM1,500.

7-Jika terlibat dengan penganiayaan oleh majikan berkaitan undang-undang yang dikuatkuasakan, anda boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia.

8-Pekerja boleh memfailkan aduan berhubung pelanggaran terma dan syarat perkhidmatan atau apa-apa isu lain yang berkaitan pekerjaan.

Iklan

9-Pengadu boleh membuat aduan melalui pelbagai kaedah termasuk melalui surat, e-mel, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Aplikasi Working for Workers (WFW) atau hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan.

10-Maklumat yang diperlukan untuk membuat aduan adalah seperti berikut:

  • Butiran lengkap pengadu
  • Butiran lengkap pihak yang diadu
  • Isu-isu aduan
  • Salinan dokumen sokongan seperti surat lantikan atau kontrak perkhidmatan dan penyata gaji terkini.

Baca juga: Wanita dibuang kerja terima pampasan RM39,000 gara-gara hamil lagi ketika cuti bersalin

Iklan

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia 

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!