BERITA baik kepada golongan B40 dan M40 apabila kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

Berikut lima fakta menarik berkaitan:

1- Kerajaan tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa di Malaysia.

2-Kebih 10 juta orang layak menerima pemberian kredit-tunai ini.

3-Ia akan diberikan kepada rakyat dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah (golongan B40 dan M40) dengan dana sekitar RM1 bilion.

4-Selain itu, kerajaan turut menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.

5-Lebih 2.3 juta penjawat awam termasuk pesara bakal mendapat manfaat daripada Bantuan Khas Penghargaan yang akan dibayar dalam tempoh dua minggu.

Anwar berkata demikian di Majlis Peluncuran Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat.

Iklan

Beliau turut mengulas tujuh pasak sebagai sasaran dan tumpuan utama dalam gagasan Ekonomi MADANI dengan matlamat memperkasa tahap kesejahteraan negara dan rakyat.

Antaranya ialah menyasarkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita mencapai 60 peratus.

Sumber: Bernama 1 2

Kredit foto utama: Freepik

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang