Bersinar macam baru beli, ini 3 cara selamat cuci barang kemas sendiri
KEPADA pencinta barang kemas, sempena duduk rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini, bolehlah ambil masa untuk kilatkan semula rantai, gelang dan cincin emas yang ada.
Hari- hari pakai, sudah tentu nampak kusam kan. Jika ada bajet lebih, bolehlah menambah koleksi baharu.
Jika sebaliknya, kita cuci jelah emas yang lama kasi nampak bersinar seperti baru beli kan!
Kalau tak nak susah-susah ke kedai emas untuk cuci, korang boleh cuba petua yang sangat mudah ini.
Buat sendiri sahaja dekat rumah dengan tiga cara selamat menggunakan barang dapur korang sahaja.
1. Air suam dan pencuci pinggan mangkuk
Barang kemas silver dan emas termasuklah yang bersalut, serta white and rosegold boleh dicuci dengan menggunakan air suam dan sedikit bahan pencuci pinggan mangkuk.
Caranya:
- Masukkan di dalam mangkuk (semua barang kemas).
- Rendamkan selama 15 minit dengan campuran tersebut.
- Kemudian, berus dengan berus gigi bayi sebab hujungnya lebih lembut atau guna cotton swab senang cuci celah-celah yang kotor
- Akhir sekali, bilas dengan air dan keringkannya dengan kain atau 'hairdryer'.
2. Aluminium Foil dan serbuk penaik
Caranya:
- Letakkan gelang emas atau silver anda ke dalam aluminium foil yang dibentangkan dalam mangkuk.
- Tambahkan air panas dan serbuk penaik lalu rendam selama 30 minit.
- Selepas itu, angkat dan keringkan dengan kain lembut.
Baca juga 10 sebab Jepun digelar negara maju. Ramai harap poin nombor 5 boleh dipraktikkan di Malaysia
3. Kain pengilap
Caranya:
- Gunakan kain pengilap yang mampu mengembalikan kilauan pada silver, emas, brass, platinum dan copper.
- Lap sehingga bersinar dengan menggunakan krim dan penyembur pengilap.
- Gunakan kain lembut seperti kain lap cermin mata sebab senang nak kekalkan barang kemas dalam bentuk sempurna.
- Disarankan untuk lapnya selepas pakai terutamanya dibahagian yang selalu terkena pelembab atau solekan.
Sangat mudah, bukan? Boleh cuba mencuci koleksi barang kemas korang yang kusam tu. Semoga bermanfaat!
Sumber: Wanista
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang