Beruntung penjawat awam Pulau Pinang, dapat RM1,000 bonus bantuan khas

BERITA baik buat penjawat awam! Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 4,009 penjawat awam di negeri ini.

Memetik laporan portal media tempatan, Ketua Menteri Chow Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan 2021 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri berkata, bayaran bonus itu melibatkan RM5.5 juta dan akan dibayar pada Disember 2020.

Iklan
Iklan

“Kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara serta semua pasukan keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta semua anggota perkhidmatan Persekutuan atas pengorbanan mereka sebagai petugas barisan hadapan, khidmat dan sokongan mereka untuk mengekang penularan wabak Covid-19 serta membantu memastikan kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah atas segala jasa dan pengorbanan barisan penjawat awam selaku tulang belakang kerajaan negeri kepada segala perancangan dan pelaksanaan dasar dan pembangunan negeri.

“Penjawat awam merupakan jentera laksana kerajaan, tanpa mereka pincanglah urus tadbir negeri. Pencapaian gemilang yang telah kita kecapi sehingga kini tidak akan dapat diperoleh tanpa komitmen dan sokongan yang jitu daripada mereka.

“Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu yang diberikan oleh semua penjawat awam negeri Pulau Pinang bagi tahun 2020, kerajaan negeri bersetuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) akhir tahun bersamaan dengan setengah  bulan gaji penjawat awam atau minimum RM1,000. Adalah diharapkan bayaran BKK ini akan meningkatkan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun-tahun akan datang,” katanya.

Di samping itu Chow juga berkata, pembayaran sebanyak RM300 juga akan disalurkan kepada 1,587 Penyelia dan Guru KAFA, 343 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 263 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 590 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina serta pemberian RM200 seorang kepada seramai 320 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS Negeri Pulau Pinang pada Disember ini melibatkan tambahan perbelanjaan RM898,900.

Tahniah semua dan syabas kerajaan negeri atas keperihatinan bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat hari ini.

Share
Meen

Biodata Penulis

Recent Posts

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

29 mins ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

46 mins ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

3 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

6 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

7 hours ago

Tuah Nala kucing terkaya dunia, bernilai RM431.4 juta selepas ‘merempat’, raih anugerah TikToker Of The Year

BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…

8 hours ago