PERASAAN bimbang atau kerisauan melampau mampu mendorong seseorang untuk membuat tanggapan sendiri.

Kononnya, perkara itu merupakan salah satu persediaan jika perkara yang diharapkan berlaku sebaliknya.

Hal tersebut kemudian akan mendorong seseorang untuk berfikir tentang isu yang berkemungkinan tidak munasabah mahupun tidak masuk akal.

Situasi berkenaan juga akan mengakibatkan seseorang menghadapi masalah gangguan tidur, menonton televisyen atau menggunakan peranti pintar berlebihan.

Sekiranya berlarutan, ia boleh mencetuskan masalah overthinking.

Memetik laporan Kompas.com, overthinking merujuk kepada individu yang memikirkan hal sama sehingga memakan masa seminggu atau lebih.

Perasaan bimbang yang melampau bekemungkinan akan menyebabkan tekanan emosi dan stres.

Sayangnya, tindakan fikir berlebihan tidak akan membawa kebaikan mahupun menyelesaikan masalah.

Akhirnya, kita hanya akan mewujudkan stres disebabkan terlalu memberi fokus kepada perkara negatif, sejarah masa lalu dan kebimbangan apa yang berlaku pada masa depan.

Menurut Pakar Terapi, Natacha Duke, perbuatan overthinking harus diberhentikan dengan segera.

Menjawab persoalan mengenai overthinking tergolong dalam kumpulan penyakit kesihatan mental atau tidak, jawapannya, jelas sekali bukan, namun mampu menjadi tanda-tanda depresi atau panik.

Perkara itu juga dikaitkan dengan gangguan kecemasan umum atau Generalized Anxiety Disorder (GAD).

“Ia akan mengakibatkan seseorang cenderung untuk berasa bimbang secara berlebihan terhadap sesuatu hal.

“Perkara tersebut berlaku berkemungkinan disebabkan faktor peribadi atau pengalaman lalu,” terang Duke.

Antara tanda-tanda overthinking lain adalah sering memikirkan hal yang buruk, sukar untuk memberi tumpuan termasuk berulang kali memeriksa keputusan yang telah dibuat dan kerap berubah.

Iklan

Bertenang dan jangan terlalu stres memikirkan masalah tersebut merupakan tindakan yang mampu mengelakkan daripada overthinking.

Sebaiknya fokus kepada satu hal dalam satu masa. Rehatkan minda dengan melakukan aktiviti sosial atau kegemaran.

Bersukan dan amalkan gaya pemakanan sihat termasuk berkongsi cerita dengan orang terdekat dan boleh dipercayai.

Ringkasnya, hal sebegitu memang tidak boleh dielakkan. Namun, kita harus berwaspada agar tidak mendatangkan kemudaratan.

Iklan

Oleh itu, jaga diri baik-baik dan elakkan diri diselubungi stres.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI