RAMAI orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir mahupun mulut.

Bermula dengan kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling).

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian seperti senyum, makan, bercakap dan sebagainya.

Menurut perkongsian Doktor Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad, berikut punca dan cara rawat masalah bibir yang kering;

1. Bibir akan menjadi kering apabila terdedah kepada suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ia suhu tinggi atau terlalu rendah.

2. Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, menggunakan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.

3. Kekurangan air (dehydration) yang sederhana juga akan menyebabkan bibir menjadi kering. Ramai yang menyangka dengan meminum air, seseorang itu boleh menyahidrasi.

Baca juga Memahami pro dan kontra pemindahan buah pinggang, lebih baik daripada dialisis

Ketap dan jilat bibir antara 'big no'. 3 tabiat ini perlu dijauhi

4. Namun berhati-hatilah dengan apa minuman yang kita minum. Minuman kafein atau alkohol juga sebenarnya menyebabkan dehidrasi tanpa disedari.

5. Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari. Namun kita harus minum air lebih jika keadaan lebih panas atau melakukan aktiviti di luar rumah atau badan seseorang dikirakan obesiti.

6. Individu obesiti memerlukan air melebihi orang normal kerana permukaan kulitnya yang lebih besar, menyebabkan lebih banyak air tersejat melalui kulit.

7. Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri.

8. Mereka menyangka dengan ’menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ia hanya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.

Iklan

9. Masalah keradangan (irritation) juga menyebabkan kekeringan bibir berlaku. Selain dari air liur (saliva), gincu dan makanan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

10. Pengambilan makanan mengandungi bahan alergik menjadikan bibir secara tiba-tiba menjadi bengkak, kadang kala kering akibat alahan terhadap bahan tersebut. Ia menjadi lagi serius bagi penghidap penyakit ekzema.

Baca juga Mudah dan jimat. Guna bahan semula jadi untuk rawat bibir hitam dan kering

Iklan

11. Kehidupan di bandar kadang kala memerlukan seseorang itu bekerja dengan waktu yang panjang secara tidak langsung menyebabkan bibir seseorang itu kering.

12. Stres dan kepenatan bekerja menyebabkan daya tahan tubuh (immune system) menjadi rendah, maka senanglah berlaku jangkitan kuman di sekitar mulut dan bibir.

Namun ingat, jangan sesekali kupas serpihan kulit dari bibir korang! Mengupas kulit dari bibir bermakna secara paksa mengeluarkan sel-sel kulit yang tidak bersedia untuk jatuh. Ia hanya menyebabkan luka kecil, pendarahan dan bengkak yang menjadikannya lebih sukar untuk bibir sembuh.

Moga bermanfaat!

Sumber: Dr Zubaidi Ahmad